Terdapat 190 berita berdasarkan kata kunci carian " gabenor"

BNM Lantik Madelena Mohamed Penolong Gabenor Sektor Strategi, Kelestarian

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Madelena Mohamed sebagai penolong gabenor yang akan bertanggungjawab ke atas sektor baharu iaitu strategi dan kelestarian berkuat kuasa pada 1 Feb 2025.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim Dijangka Beroperasi Pada Separuh Pertama 2025 - BNM

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Makmal Inovasi Kewangan Iklim (CFIL) yang diterajui oleh Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB), dijangka mula beroperasi pada separuh pertama 2025 (1H 2025), menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan kekurangan minat belian selepas mencatatkan kenaikan baru-baru ini walaupun prestasi pasaran serantau lebih baik sejajar dengan prestasi Wall Street semalaman yang menggalakkan.

OPR Terus Sokong Ekonomi Negara - Gabenor BNM

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Berikut adalah wawancara dengan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour, selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) bagi Januari yang diadakan pada 22 Jan, 2025, Rabu:-

BNM Terus Pantau Inflasi Domestik, Prospek Pertumbuhan Untuk Pertumbuhan Mampan

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) terus memantau dengan teliti imbangan risiko yang berkaitan dengan inflasi domestik dan prospek pertumbuhan untuk memastikan pendirian dasar monetari Malaysia kekal kondusif kepada pertumbuhan yang mampan di tengah-tengah kestabilan harga.

Standard Chartered Global Research: BNM Dijangka Kekalkan Opr Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Standard Chartered Global Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dalam mesyuarat keputusan dasar monetari 22 Januari ini.

Sektor Kewangan Terima 2.3 Juta Aduan Sejak Lima Tahun Lepas

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Industri kewangan menerima kira-kira 2.3 juta aduan sepanjang lima tahun lepas, sebanyak 98 peratus daripadanya berkaitan sektor perbankan dan bakinya berkaitan insurans dan takaful.

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 Gariskan Keutamaan Ekonomi Utama ASEAN 2025

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Kerja ASEAN+3 bersetuju dengan cadangan Malaysia dalam menetapkan Keutamaan Ekonomi Utama (PEDs) bagi ASEAN 2025, antaranya peningkatan akses kepada pembiayaan peralihan mampan dan adil terhadap iklim, kata Kementerian Kewangan. 

Jangkaan Keselamatan Siber Palo Alto Untuk 2025: Kritikal Pada Perniagaan Malaysia

KUALA LUMPUR, Jan 14 (Bernama) – Palo Alto Networks, peneraju global dalam keselamatan siber, telah mengeluarkan Jangkaan Keselamatan Siber APAC untuk 2025, menawarkan tinjauan kritikal mengenai ancaman siber yang akan datang dan strategi bagi menanganinya.

​​​Ringgit Dibuka Tinggi Berikutan Indeks Dolar AS Merosot

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, didorong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah selepas data ekonomi Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan, kata penganalisis.

MFPC Gesa Pemegang Polisi Kekalkan Perlindungan Dalam Keadaan Pelarasan Premium MHIT

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Majlis Perancangan Kewangan Malaysia (MFPC) menggesa pemegang polisi insurans yang terkesan supaya tidak menamatkan polisi masing-masing susulan pelarasan premium selepas Bank Negara Malaysia (BNM) memperkenalkan langkah sementara untuk mengawal premium insurans/takaful perubatan dan kesihatan (MHIT).

Kerajaan Anjur FEM2025 Pada 9 Januari

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kerajaan dijadualkan menganjurkan Forum Ekonomi Malaysia (FEM2025) pada 9 Jan 2025, platform utama untuk merangka keutamaan dan dasar Malaysia bagi tahun 2025.