1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, dirangsang oleh harga minyak mentah yang stabil dan kebimbangan terhadap bekalan getah yang terhad berikutan ramalan cuaca lembap, kata sumber pasaran.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Isnin, didorong oleh pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih yang diterajui oleh kaunter perkhidmatan kewangan dalam persekitaran prestasi kebanyakannya memberangsangkan di bursa serantau.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 23 Nov (Bernama) -- Pasaran getah tempatan dijangka diniagakan tidak berubah tetapi condong sedikit dalam aliran menaik disebabkan kesan Monsun Timur Laut, yang boleh berlangsung selama beberapa bulan, kata pakar industri Denis Low.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mencatatkan aliran menaik pada Jumaat, menjejaki peningkatan pasaran emas Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS) yang stabil, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal dalam wilayah positif dalam dagangan tengah hari Jumaat, dipacu oleh aktiviti belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih, terutama kaunter utiliti serta perkhidmatan dan produk industri.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Harga minyak diunjurkan berada dalam julat antara US$65 dan US$75 (US$1=RM4.46) setong pada 2025, menurut Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC Ratings).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini disokong oleh minat belian baharu di tengah-tengah perang antara Rusia-Ukraine, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada hari ketiga berturut-turut walaupun kebimbangan meningkat terhadap perkembangan geopolitik di Ukraine, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, dipengaruhi prestasi bercampur-campur pasaran niaga hadapan getah serantau dan pengukuhan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang bercampur-campur.
1tahun ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur meneruskan aliran menaik untuk ditutup tinggi hari ini, didorong oleh pasaran niaga hadapan getah serantau yang meningkat dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS, kata peniaga.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini dalam persekitaran prestasi bercampur-campur di Wall Street kerana sentimen keseluruhannya dipengaruhi oleh perkembangan terkini dalam konflik antara Rusia dan Ukraine.