5bulan ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US pada Isnin susulan laporan pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang lemah, seterusnya mempengaruhi jangkaan pasaran terhadap Rizab Persektuan (Fed) AS.
5bulan ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Kejayaan Malaysia dalam rundingan untuk mengurangkan tarif balas yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) ke atas eksportnya kepada 19 peratus daripada 25 peratus disifatkan sebagai langkah strategik ke hadapan.
5bulan ago
GEORGE TOWN, 2 Ogos (Bernama) -- Pulau Pinang terus memperkukuh status sebagai hab perniagaan dan teknologi global melalui pelancaran GBS By The Sea, pembangunan mercu tanda bernilai RM296 juta di Technoplex Bayan Lepas.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Ogos (Bernama) -- Kerajaan menjangkakan lebihan dagangan negara dapat dikekalkan menerusi pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang menumpukan pembangunan industri bernilai tinggi serta peningkatan kompleksiti ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) menyambut baik fokus yang berterusan oleh kerajaan untuk mengukuhkan ekonomi hijau di bawah Rancangan Malaysia ke-13 (RMK-13), terutamanya dalam teknologi pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang bertujuan memacu pertumbuhan mampan berteraskan penciptaan nilai merentasi semua sektor, melibatkan pelaburan RM611 bilion bagi menjayakan pelan lima tahun itu dan RM430 bilion daripada jumlah tersebut merupakan peruntukan pembangunan daripada kerajaan.
5bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup pada paras terendah intra harinya pada Selasa susulan jualan lewat ketika para pelabur menunggu pengumuman Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) pada Khamis.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Mekanisme Automatic Fuel Adjustment (AFA) bagi menggantikan sistem sebelum ini bertujuan memastikan semakan tarif elektrik yang lebih telus dan sejajar dengan realiti pasaran bahan api global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
5bulan ago
JOHOR BAHRU, 29 Julai (Bernama) -- Pengeluar badan bas berpangkalan di Johor, Sun Bus Tech Sdn Bhd menyasarkan untuk menyiapkan 310 bas Rapid KL di bawah projek pemasangan tempatan dengan Prasarana Malaysia Bhd menjelang Februari 2026.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Eco-Shop Marketing Bhd mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM204.32 juta bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mei 2025, meningkat daripada RM177.28 juta pada tahun sebelumnya.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Risiko tarif Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi ke atas Malaysia apabila tarikh akhir 1 Ogos semakin hampir mungkin akan mempengaruhi Bursa Malaysia minggu depan walaupun kaunter berorientasikan domestik dijangka kekal berdaya tahan, disokong oleh permintaan dalaman yang kukuh dan kesan positif fiskal.
5bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Julai (Bernama) -- AIMS Data Centre Sdn Bhd (AIMS) telah memacu usaha untuk mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab data terkemuka Asia Tenggara dengan melengkapkan blok hab datanya di Cyberjaya lebih awal daripada jadual.