1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Farlim Group (Malaysia) Bhd memeterai perjanjian usaha sama dengan Fortune Lander (M) Sdn Bhd bagi melaksanakan projek dengan nilai pembangunan kasar (GDV) RM160 juta di Pulau Pinang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap dua wakil peniaga kerana melanggar peraturan dan arahan berhubung konflik kepentingan serta seorang daripada mereka terlibat aktiviti perdagangan manipulatif dalam beberapa akaun pelanggan.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya namun ditutup rendah sedikit daripada paras tertinggi intra hariannya pada Selasa ketika sentimen pelabur terus pulih susulan pengukuhan di serata pasaran Asia, kata penganalisis.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi pagi hari ini dengan kekal di zon positif, disokong oleh pengukuhan ringgit selaras dengan peningkatan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini meskipun prestasi lemah di Wall Street, disokong oleh pengukuhan ringgit yang terus meningkatkan sentimen pelabur.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Pada Mac lepas, Bernama melaporkan bahawa harga emas berpotensi melonjak menghampiri paras US$5,000 bagi setiap auns troy, dan ternyata logam berharga itu sebenarnya sudah pun memecahkan rekod pada kadar yang tidak dijangka.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Urus niaga saham Malpac Holdings Bhd di Bursa Malaysia akan digantung mulai 9 Dis 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- FBG Holdings Bhd memeterai pindaan ketiga kepada kontraknya dengan Kementerian Pertahanan Australia iaitu menambah satu lagi pakej kerja bernilai RM132.51 juta kepada projek infrastruktur di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Butterworth, Pulau Pinang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- LAC Med Bhd mencatatkan tawaran awam permulaan (IPO) terlebih langganan sebanyak 12.64 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Bhd.
1bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan bulan terakhir tahun ini dengan kedudukan lebih kukuh apabila indeks utama naik 1.25 peratus ketika ditutup Isnin, didorong oleh aktiviti pemburuan saham murah yang kembali aktif dan pengimbangan semula portfolio hujung tahun oleh pelabur institusi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) – Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Kewangan 2025 yang merangkumi pindaan ke atas lima akta percukaian, iaitu Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, Akta Setem 1949, Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan 1990 dan Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin, menjejaki peningkatan di Wall Street pada Jumaat berikutan sentimen keseluruhan telah didorong oleh jangkaan penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada Disember, dengan kebanyakan pelabur menjangka penurunan selanjutnya sebanyak 25 mata asas.