8bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama) — Perkumpulan BRICS menyatakan pendirian tegas dalam mempertahankan sistem perdagangan pelbagai hala berlandaskan peraturan serta menolak langkah perlindungan sebelah pihak yang menghukum, diskriminasi serta bercanggah dengan undang-undang antarabangsa dan dilaksanakan atas alasan kebimbangan alam sekitar.
8bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
RIO DE JANEIRO, 6 Julai (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan Kenyataan BRICS mengenai Tadbir Urus Kecerdasan Buatan (AI) dan menyokong penuh visi AI yang menerapkan pembangunan berbanding dominasi, beretika, mengurangkan ketidaksamaan serta menghormati maruah insan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru lonjakan perdagangan intra-BRICS dan seterusnya perkumpulan itu muncul sebagai satu kuasa yang kuat dan berprinsip, berteraskan keadilan, saling menghormati serta komitmen bersama untuk membentuk orde antarabangsa yang lebih seimbang dan adil.
8bulan ago
RIO DE JANEIRO, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di sini pada Sabtu untuk menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 yang dianjurkan oleh Brazil.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Kerajaan mendapati terdapat bukti yang mencukupi bahawa produk gegelung atau kepingan besi bergalvani atau gegelung atau kepingan keluli bergalvani berasal dari China, Korea Selatan dan Vietnam, diimport pada harga lambakan.
8bulan ago
Oleh Vikneswaran Raman
KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menekankan tentang kepentingan multilateralisme di tengah-tengah peningkatan polarisasi landskap global serta komitmen Malaysia terhadap orde dunia yang lebih seimbang dan inklusif pada Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS di Rio de Janeiro, Brazil.
8bulan ago
Daripada Arul Rajoo Durar Raj
PARIS, 4 Julai (Bernama) - Presiden Perancis Emmanuel Macron menyifatkan lawatan dua hari Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Perancis sebagai berjaya, dengan kedua-dua negara meningkatkan lagi kerjasama dalam semua sektor.
8bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali and Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi hari ini disokong oleh pembelian berterusan dalam kaunter berwajaran tinggi terpilih, menurut seorang penganalisis.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan mengetuai penyertaan Malaysia di Pameran Import Korea (KIF) 2025 yang akan berlangsung dari 7 hingga 9 Julai di Pusat Konvensyen COEX, Seoul, Korea Selatan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat disebabkan minat belian dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Kementerian Digital sedang berusaha untuk menyatukan dan meningkatkan inisiatif merentas negeri dan agensi bagi memacu ekonomi digital di Malaysia, kata Menterinya, Gobind Singh Deo.
8bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 3 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, disokong oleh sentimen serantau yang lebih baik berikutan perjanjian perdagangan Amerika Syarikat (AS)-Vietnam yang baharu, kata Rakan Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes.