Terdapat 1911 berita berdasarkan kata kunci carian " nilai "

Malaysia Berpotensi Teroka REE Bagi Menyokong Industri Pembuatan EV - Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Malaysia mempunyai potensi besar untuk terlibat dalam industri unsur nadir bumi (REE) di peringkat hiliran sekali gus menjadi negara pengeluar super magnet di dunia, khususnya bagi menyokong perkembangan industri pembuatan kenderaan elektrik (EV).

Parlimen Sasar Defisit Fiskal Lebih Rendah Kepada Tiga Peratus Bagi Jangka Masa Sederhana - Lim

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan defisit fiskal lebih rendah kepada tiga peratus bagi jangka masa sederhana, mengikut kerangka Ekonomi MADANI serta Akta Kewangan Awam dan Tanggungjawab Fiskal 2023.

Prestasi Cemerlang Buka Peluang Rakyat Sarawak Sertai Pasaran Modal - Bursa Malaysia

KUCHING, 9 Nov (Bernama) -- Rakyat Sarawak diminta untuk lebih aktif menyertai pasaran modal sebagai satu cara bagi mengembangkan kekayaan, susulan pencapaian cemerlang pasaran modal negara tahun ini.

Untung Bersih 99 Speed Mart Suku Ketiga Susut Kepada RM107.16 Juta

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih 99 Speed ​​Mart Retail Holdings Bhd (99 Speed Mart) bagi suku ketiga yang berakhir pada 30 Sept, 2024 turun kepada RM107.16 juta berbanding RM111.05 juta pada suku yang sama tahun lepas. 

Pengerusi ASEAN: Malaysia Berpeluang Tingkat Kerjasama Sektor Takaful, Takaful Semula

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Malaysia, yang akan menjadi Pengerusi ASEAN tahun depan berpeluang memajukan kerjasama serantau dalam sektor kritikal termasuk dalam takaful dan takaful semula, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani Mohamad Zahid.

Untung Bersih Maxis Bagi Suku Ketiga 2024 Meningkat 27.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd meningkat 27.5 peratus kepada RM366 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept 2024 (suku ketiga 2024) daripada RM287 juta dalam tempoh sama tahun lepas, didorong oleh pendapatan perkhidmatan yang meningkat dan pengurusan kos yang berhemat.

Taobao Malaysia Perkenal Pelbagai Penambahbaikan Perkhidmatan Permudah Pembelian Antarabangsa 

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Taobao Malaysia memperkenalkan pelbagai penambahbaikan perkhidmatan baharu bagi memudahkan lagi pembeli Malaysia membeli belah rentas sempadan dengan lancar.

Nilai Jualan Sektor Pembuatan Naik 2.9 Peratus Kepada RM162.3 Bilion Pada September - Perangkaan

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan bagi September 2024 mencatatkan RM162.3 bilion, meningkat 2.9 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Malaysia Catat Eksport Produk Halal Berjumlah RM45.04 Bilion Setakat Januari-September 2024

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Jumlah eksport produk halal negara setakat Januari sehingga September 2024 berjumlah RM45.04 bilion berbanding RM39.36 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2023.

Lawatan PM Ke China Jana Potensi Eksport Bernilai RM3.2 Bilion – Tengku Zafrul

BEIJING, 7 Nov (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China yang berakhir hari ini, berjaya menjana potensi eksport bernilai RM3.2 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Lawatan PM Ke China Jana Potensi Eksport Bernilai RM3.2 Bilion – Tengku Zafrul

BEIJING, 7 Nov (Bernama) -- Lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke China yang berakhir hari ini, berjaya menjana potensi eksport bernilai RM3.2 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.

Potensi Eksport Malaysia, Aliran Masuk FDI Dijangka Lebih Cerah Dengan Kemenangan Trump

KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Strategi “China Plus One” dijangka lebih pesat susulan Donald Trump diundi semula sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS), yang akan memberi manfaat kepada Malaysia melalui peningkatan pelaburan dan potensi eksport lebih cerah.