1tahun ago
TANJUNG MALIM, 7 Feb (Bernama) -- Pembinaan kilang pemasangan kenderaan elektrik (EV) Proton di sini bakal membuka lembaran baharu dalam memperkukuh pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV), Tanjung Malim, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 7 Feb (Bernama) – Kerajaan Malaysia memandang serius dakwaan bahawa negara ini dijadikan transit dalam penyeludupan cip kecerdasan buatan (AI) Nvidia ke China, malah menegaskan komited terhadap pematuhan kawalan eksport antarabangsa yang bersifat pelbagai hala.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Northern Solar Holdings Bhd menyasar pertumbuhan hasil meningkat sebanyak 20 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 (TK2025) daripada RM77.97 juta pada tahun sebelumnya.
1tahun ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Masih terlalu awal untuk menentukan sama ada tarif yang dikenakan Washington ke atas Kanada, Mexico dan China akan memudaratkan atau memberi manfaat kepada Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia dan Uzbekistan digesa menjalin kerjasama baharu bagi merebut peluang sinergi yang ditawarkan oleh kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Saham di Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini disokong oleh aktiviti belian terutamanya dalam sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan teknologi, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Gamuda Bhd menandatangani perjanjian pengaturan eksklusif dengan matlamat untuk membangunkan infrastruktur dalam menangani masalah kekurangan air yang kritikal di Perak Utara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia dan Uzbekistan melihat prospek meyakinkan untuk membangunkan zon perindustrian bersama di negara Asia tengah itu.
1tahun ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 5 Feb (Bernama) -- Malaysia harus mengambil pendekatan proaktif untuk mengurangkan risiko dan memanfaatkan peluang yang muncul apabila landskap perdagangan global berubah disebabkan oleh kenaikan tarif import dilaksanakan Amerika Syarikat, kata seorang ahli ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Selasa susulan aktiviti belian saham berharga rendah dalam kebanyakan kaunter berkaitan indeks, diterajui oleh perkhidmatan kewangan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerjasama antara agensi kerajaan, institusi kewangan dan perniagaan penting untuk mewujudkan ekosistem yang menyokong keterangkuman kewangan, kata penganalisis.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS).