11bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Keputusan Malaysia untuk beralih dari rangkaian borong tunggal (SWN) kepada model dwi rangkaian bagi 5G dijangka memacu persaingan, menarik pelaburan dan mempercepatkan transformasi digital negara, kata Persatuan GSM (GSMA).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kalangan perniagaan Malaysia digalakkan untuk meneroka potensi kerjasama dengan rakan perniagaan di Turkiye bagi meningkatkan sinergi antara kedua-dua negara, kata Duta Besar Malaysia ke Turkiye Sazali Mustafa Kamal.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kurangnya pelaburan serta berlaku peningkatan kos modal untuk pembangunan gas akan membahayakan keterjaminan tenaga selain melemahkan keupayaan industri untuk menyediakan tenaga mampu milik, boleh dipercayai dan lestari kepada orang ramai, kata Presiden Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU) Li Yalan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) sekali lagi tersenarai antara 500 jenama paling berharga di dunia dengan meraih kedudukan baharu di tangga ke-472.
11bulan ago
KUCHING, 10 Feb (Bernama) -- Sarawak meningkatkan pengeluaran hidrogen hijau komersial dengan memanfaatkan sumber hidrokuasanya yang berlebihan bagi memenuhi permintaan Asia yang semakin bertambah terhadap bahan api bersih, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Pasaran kargo udara global menonjolkan kemajuan ketara tahun lepas dengan permintaan menokok 11.3 peratus dalam kargo tan kilometer (CTK) berbanding 2023, selepas permintaan melepasi jumlah rekod yang ditetapkan pada 2021, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
1tahun ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Jan (Bernama) -- Neurogine Sdn Bhd dan perkhidmatan pos nasional Indonesia, PT Pos Indonesia bersama-sama memperkenalkan Neurogine nRemit, perkhidmatan pengiriman wang mudah alih yang direka khas untuk komuniti Pekerja Migran Indonesia (PMI) di Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Moody’s Analytics mengunjurkan bahawa tarif global yang dikenakan oleh pentadbiran Donald Trump akan memuncak menjelang akhir 2025, dengan tarif ke atas China meningkat kepada 40 peratus daripada paras semasa, 20 peratus.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Majoriti negara anggota ASEAN perlu mengguna pakai zon waktu seragam GMT+8 berikutan ini akan terus menyepadukan ASEAN sebagai blok ekonomi yang kukuh, kata Pengerusi Bursa Malaysia Tan Sri Abdul Wahid Omar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Ekonomi Malaysia diunjur berkembang pada kadar sederhana 4.5 peratus hingga 5.0 peratus pada 2025, didorong oleh manfaat asas ekonomi yang kukuh serta peningkatan pelaburan asing, kata Hong Leong Bank Bhd (HLB).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- UEM Lestra Bhd memperoleh pembeli tenaga untuk projek loji tenaga solar hibrid satu gigawatt (1GW) di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) melalui Skim Pembekalan Tenaga Boleh Baharu Korporat (CRESS).
1tahun ago
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) – Malaysia sebagai pengerusi ASEAN pada 2025 komited untuk menerapkan integrasi yang lebih erat dalam ASEAN, meningkatkan perdagangan, ekonomi dan integrasi tenaga di rantau ini dan dengan seluruh dunia.