8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) hari ini akan mengagihkan sebanyak US$30 bilion (US$1 = RM3.91) menjelang 2030 untuk membantu negara ASEAN memajukan keutamaan jangka panjang dan menahan kejutan luaran.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat, sejajar dengan kelemahan di pasaran tunai.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Parkson Holdings Bhd melalui anak syarikat milik 54.97 peratusnya, Parkson Retail Group Ltd (PRGL), memperbaharui pajakan hartanah runcitnya di Shanghai Hongqiao, China untuk tempoh 10 tahun lagi sehingga 31 Disember, 2036.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kumpulan MISC (MISC) mengumumkan penamaan dua kapal pengangkut gas asli cecair (LNG) generasi baharu, Seri Dian dan Seri Dayang, sekali gus memperkukuh kerjasama jangka panjangnya dengan Seariver Maritime LLC (SRM), anak syarikat milik penuh ExxonMobil.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) SkyeChip Bhd telah terlebih langganan sebanyak 95.03 kali menjelang penyenaraian di Pasaran Utama Bursa Malaysia.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat apabila pasaran kekal berhati-hati sebelum laporan penggajian bukan perladangan (NFP) Amerika Syarikat (AS) dikeluarkan.
8hari ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding mata wang utama dan serantau termasuk dolar AS ketika ditutup pada Jumaat berikutan pelabur kekal berhati-hati menjelang data pekerjaan gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat dalam persekitaran ketegangan konflik di Asia Barat yang kembali memuncak.
8hari ago
BATU KAWAN, 8 Mei (Bernama) -- Dakwaan bahawa semua kenderaan elektrik (EV) akan menjadi mahal susulan pelaksanaan semula duti import ke atas EV import sepenuhnya (CBU) mulai Julai ini adalah tidak tepat kerana pengguna masih mempunyai pilihan EV pada harga berpatutan menerusi pemasangan tempatan (CKD).
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Petronas Dagangan Bhd (PDB) melantik Datuk Sazali Hamzah sebagai pengerusinya berkuat kuasa hari ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) menyemak semula unjuran pertumbuhan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) pembuatan 2026 untuk Malaysia kepada 4.3 peratus daripada 3.5 peratus sebelumnya (2025: 4.5 peratus).
8hari ago
Daripada Niam Seet Wei
CEBU (Filipina), 8 Mei (Bernama) -- Kerajaan memberi jaminan bekalan minyak dan diesel negara kini lebih teratur selepas mengambil langkah-langkah proaktif, terutama di bawah kelolaan Petroliam Nasional Bhd (Petronas), kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- MR D.I.Y. Group (M) Bhd mengumpul sejumlah RM540 juta melalui terbitan sulung di bawah Program Sukuk Wakalah bernilai RM5.0 bilion, dengan bahagian Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) terlebih langgan sebanyak 5.6 kali.