11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatat jualan RM148.3 bilion pada Februari 2025 iaitu pertumbuhan 5.1 peratus tahun ke tahun, kata Jabatan Perangkaan (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025 (Januari 2025: 3.5 peratus), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Februari 2025 mencatat pertumbuhan 1.5 peratus, dipacu oleh peningkatan output sektor pembuatan yang tumbuh pada 4.8 peratus, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- IOI Properties Group Bhd (IOIPG) meraikan ulang tahun ke-30 di Johor dengan melancarkan kempen 30 Tahun Bersama dan memberi tawaran eksklusif kepada pencari hartanah serta peluang memenangi barangan mewah, peralatan rumah dan pakej percutian meliputi sehingga 30 destinasi antarabangsa dengan pembelian hartanah terpilih bermula 1 April.
11bulan ago
BAGAN SERAI, 10 April (Bernama) -- Agrobank menyasarkan 18 cawangannya menggunakan tenaga solar sehingga akhir tahun ini, kata Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Pelbagai bank dan syarikat insurans tampil menghulurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas akibat daripada insiden kebakaran di Putra Heights, Selangor, pada Selasa, menerusi pelbagai pelan bantuan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) bagi bulan Mac 2025 di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak tidak teraktif berikutan harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah cuplump berada di atas paras RM3.00 sekilogram.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu, apabila pelabur mendapati kestabilan politik dan dasar Malaysia adalah memberangsangkan dalam kalangan pasaran sedang pesat membangun.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Mac (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal berdaya tahan tahun ini disokong oleh kemajuan berterusan dalam projek jangka panjang, peningkatan pendapatan isi rumah dan keadaan monetari global yang mereda, kata RHB Investment Bank (RHB IB).
11bulan ago
PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Keupayaan pengguna untuk membayar semula hutang daripada kemudahan 'Beli Sekarang, Bayar Kemudian’ (BNPL) semakin menjadi perhatian terutama dengan pertumbuhan ketara dalam transaksi BNPL di Malaysia telah menimbulkan kebimbangan terhadap risiko keberhutangan yang tinggi dan kepentingan literasi kewangan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Mac (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat dengan kadar perlahan 1.5 peratus pada Februari 2025 dengan mata indeks mencatatkan 134.1 berbanding 132.1 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis berikutan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) mengekalkan kadar faedah penanda arasnya namun memberikan isyarat bahawa penurunan kadar faedah kekal dalam perancangan.