8bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Jun (Bernama) -- Hampir satu pertiga daripada semua pengguna mudah alih atau kira-kira 2.9 bilion orang, dijangka menggunakan teknologi selular tanpa wayar generasi kelima (5G) menjelang akhir 2025, kata syarikat teknologi dan telekomunikasi Ericsson.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 26 Jun (Bernama) -- Kerajaan akan memberikan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap buah-buahan import tertentu termasuk epal dan oren susulan maklum balas orang ramai berhubung harga buah tempatan dan import, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
8bulan ago
PUTRAJAYA, 25 Jun (Bernama) -- Malaysia menyasarkan untuk menyenaraikan sekurang-kurangnya 10,000 syarikat pemula niaga (startup) menjelang akhir tahun ini menerusi platform Startup ASEAN yang baru dilancarkan.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) -- Jenama telekung tempatan terkenal, Siti Khadijah (SK) menyasarkan jualan sebanyak RM2.5 juta dalam tempoh tiga hingga enam bulan bagi koleksi telekung terbaharunya, Maharani, yang dilancarkan hari ini.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Pavilion Kecemerlangan Taiwan acara Taiwan Expo 2025 menjadi platform menghubungkan inovasi utama negara itu dengan bidang pertumbuhan utama Malaysia, khususnya dalam usaha transformasi digital dan industri hijau.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan syarikat-syarikat pelaburan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera perlu terus memperkukuh daya saing ekonomi domestik serta menjamin pulangan mampan.
8bulan ago
KUALA TERENGGANU, 21 Jun (Bernama) -- Pelaburan Hartanah Bhd (PHB) mengumumkan pembukaan 300 juta unit Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) untuk langganan umum.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Hab Inovasi Aset Digital yang dilancarkan semalam menjadi langkah penting dalam usaha berterusan Bank Negara Malaysia memastikan sistem kewangan kalis masa depan selain memangkin sokongan agenda ekonomi digital negara.
8bulan ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed, Durratul Ain Ahmad Fuad, Zufazlin Baharuddin dan Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 18 Jun (Bernama) -- Di tengah-tengah lonjakan harga minyak akibat konflik Israel dan Iran, persidangan Energy Asia 2025 yang baru berakhir ini mencapai kata sepakat bahawa minyak dan gas kekal menjadi elemen penting kepada campuran tenaga global semasa krisis.
8bulan ago
ISKANDAR PUTERI, 18 Jun, (Bernama) – Masa depan kecerdasan buatan (AI), pengkomputeran kuantum dan teknologi digital generasi akan datang, sangat bergantung pada pengukuhan infrastruktur yang disokong oleh kerjasama antara industri dan kerajaan, kata Pengarah Perundangan Serantau Microsoft Asia Pasifik Jeth Lee.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Malaysia perlu melihat semula keseluruhan segitiga tenaga, termasuk kemungkinan mengguna pakai tenaga nuklear bagi mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) memaklumkan pihaknya telah menghantar dokumen tawaran untuk rancangan penyusunan semula FGV Holdings Bhd dengan tarikh tutup tawaran pada 5 petang, Isnin, 7 Julai 2025, melainkan tarikh itu dilanjutkan.