3bulan ago
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Malaysia berhasrat mengukuhkan peranan utama ASEAN dalam memandu pelaksanaan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) semasa Mesyuarat Pemimpin RCEP ke-5 minggu depan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Malaysia boleh berbangga dengan peranannya sebagai Pengerusi ASEAN 2025 yang hampir melabuhkan tirai pada akhir tahun ini berikutan telah mendorong inisiatif bagi memacu integrasi serantau, meningkatkan penglibatan dengan rakan dialog serta memperkukuh tonggak ekonomi rantau ini.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) -- Batik Air akan memperkenalkan dua laluan antarabangsa baharu yang menghubungkan Medan dan Singapura secara terus ke Pulau Pinang mulai 8 Disember, ini bakal meningkatkan pelancongan serantau dan sambungan udara.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kaukus PKS ASEAN adalah platform strategik yang menghimpunkan wakil perusahaan kecil dan sederhana (PKS) seluruh ASEAN untuk mengukuhkan kerjasama rentas sempadan, memperjuangkan pembangunan PKS dan menambah baik suara kolektif komuniti perniagaan serantau.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Taiwan dan Malaysia memperkukuh kerjasama dalam bidang teknologi dan inovasi melalui Cabaran Pemula Niaga 2025, menyaksikan empat syarikat pemula niaga Taiwan yang cemerlang mara ke peringkat akhir Kategori Bandar anjuran Pentadbiran Pemula Niaga dan Perusahaan Kecil dan Sederhana Taiwan (SMESA).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan kerjasama dengan China dalam membangunkan industri pemprosesan unsur nadir bumi (REE) tempatan, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Maybank menjalin kerjasama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelaburan utama global.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bank Pembangunan Asia (ADB) dan Kumpulan Bank Dunia menerusi kerjasama dengan ASEAN, melancarkan Inisiatif Pembiayaan Grid Tenaga ASEAN (APG) bagi menyokong pembangunan serta integrasi grid tenaga nasional di serata rantau ini.
3bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Senario takaful di Malaysia dan Indonesia sedang meningkatl dengan penganalisis mengunjurkan pasaran akan melonjak kepada US$5.4 bilion (US$1=RM4.22) menjelang 2033.
3bulan ago
Oleh Nor Baizura Basri
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- New Zealand menawarkan kepakarannya serta pemindahan pengetahuan kepada negara anggota ASEAN, khususnya dalam tenaga boleh baharu (TBB) dan pertanian, untuk mengukuhkan lagi hubungan melangkaui dialog, kata Perdana Menteri Christopher Luxon.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia menamatkan sesi dagangan pagi dengan prestasi tinggi pada Rabu, didorong pembelian semasa harga murah di seluruh papan, didahului kaunter berwajaran tinggi terutama melibatkan produk pengguna, telekomunikasi dan perladangan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Persatuan Takaful Malaysia (MTA), sebagai rakan kongsi pendukung Forum Kewangan Islam Global (GIFF) 2025, menekankan kemajuan dan hala tuju Takaful ASEAN semasa sesi Sorotan ASEAN yang bertemakan "Mencarta Transformasi Takaful ASEAN - Daripada Kekuatan kepada Penanda Aras Global".