3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan meluluskan pinjaman sebanyak RM24.15 bilion kepada kerajaan negeri sehingga 31 Ogos 2025, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Industri insurans am Malaysia berkembang 4.0 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2025 dengan premium bertulis kasar (GWP) meningkat kepada RM12.3 bilion daripada RM11.8 bilion, kebanyakannya didorong oleh segmen motor dan kebakaran, kata Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).
3bulan ago
Oleh Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia meneruskan penurunan untuk ditutup rendah sedikit pada Rabu, mencerminkan pasaran serantau yang lemah berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap kemungkinan penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang berpanjangan.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Malaysia telah mencapai matlamat utama apabila kemiskinan tegar hampir dinoktahkan kepada 0.09 peratus berdasarkan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah (HIES) 2024 yang diumumkan hari ini, berbanding 0.2 peratus direkodkan pada 2022.
3bulan ago
PUTRAJAYA, 8 Okt (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani memberi bayangan bahawa Belanjawan 2026 akan memberi keutamaan kepada langkah mengurangkan defisit negara.
3bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Niche Capital Emas Holdings Bhd (NICE) merancang untuk memperuntukkan lebih kurang RM23.18 juta atau 89 peratus daripada jumlah RM26.18 juta yang dikumpulkan melalui langkah tawaran awam persendirian bagi memacu perniagaan perlombongan emasnya, terutama projek KK Hill dan Sokor Midland di Kelantan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt 0 (Bernama) -- Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) menggesa kerajaan supaya menyediakan insentif cukai bagi perbelanjaan yang berkaitan dengan pembangunan pasaran dan rantaian bekalan intra-ASEAN menerusi Belanjawan 2026.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain ketika dibuka pada Rabu, didorong sentimen positif menjelang pembentangan belanjawan 2026 Malaysia pada Jumaat ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Malaysia mampu melakar hala tujunya sendiri dengan berpandukan tadbir urus teguh atau berwibawa, kejelasan moral serta himpunan imaginasi golongan yang berani merealisasikannya, kata Pengarah Urusan Khazanah Nasional Bhd Datuk Amirul Feisal Wan Zahir.
3bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Usaha memperluaskan akses telekomunikasi merupakan kunci bagi meningkatkan kumpulan terpinggir seperti Orang Asli berikutan keberkesanan ketersambungan dalam membuka peluang aspek seperti penglibatan ekonomi, pendidikan dan penjagaan kesihatan.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) menjangkakan maklumat lanjut mengenai projek Aliran Transit Massa (MRT) Laluan Lingkaran atau dikenali sebagai MRT3 akan diumumkan menerusi pembentangan Belanjawan 2026 pada Jumaat ini, susulan kelulusan skim terakhir keretapi itu Julai lepas.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal kepada 4.1 peratus pada 2026, tidak berubah daripada unjurannya bagi 2025, menurut Bank Dunia.