7bulan ago
PUTRAJAYA, 22 Mei (Bernama) -- Produktiviti buruh per jam bekerja meningkat 1.0 peratus pada suku tahun (ST) pertama 2025, mencatatkan RM42.5 setiap jam, menurut penerbitan Statistik Produktiviti Buruh Malaysia, Suku Tahun Pertama 2024 yang dikeluarkan hari ini.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang kukuh meletakkan negara di landasan untuk meneraju industri pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan komponen bateri bagi menyokong permintaan ekosistem mobiliti serantau yang semakin meningkat di ASEAN.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 4.4 peratus dalam suku pertama 2025, didorong terutamanya oleh perbelanjaan isi rumah yang kekal mampan disokong oleh keadaan pasaran pekerja yang positif dan dasar kerajaan, berbanding 4.2 peratus dalam tempoh sama 2024.
7bulan ago
KUALA LUMPUR, 15 Mei (Bernama) -- Pengeluar dari Jepun, HORIBA Group menyasarkan untuk membuka kemudahan pembuatan kawalan aliran jisim (MFC) di Kedah, sekali gus menjadikannya pangkalan pengeluaran produk ituyang pertama di Malaysia.
7bulan ago
PUTRAJAYA, 15 Mei (Bernama) -- Permintaan buruh Malaysia terus berkembang sebanyak 1.4 peratus pada suku tahun pertama (ST1) tahun ini dengan mencatatkan 9.06 juta jawatan berbanding 8.94 juta pada suku sama tahun lepas, menurut Statistik Guna Tenaga, Suku Tahun Pertama 2025 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini.
8bulan ago
GEORGE TOWN, 9 Mei (Bernama) -- Pulau Pinang terus berfungsi sebagai nadi sektor pembuatan emas Malaysia, menyumbang kira-kira 80 peratus daripada jumlah output pengeluaran negara.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Amerika Syarikat (AS) bertegas mengadakan perbincangan dua hala dengan negara anggota ASEAN secara individu mengenai langkah tarif timbal balas baru-baru ini, dan enggan berunding sebagai sebuah blok serantau, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia pada Mac 2025 mencatatkan pertumbuhan 3.2 peratus tahun ke tahun (y-o-y), menurut Jabatan Perangkaan Malaysia.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Nilai jualan sektor pembuatan Malaysia meningkat 3.7 peratus kepada RM164.3 bilion pada Mac 2025 berbanding 4.7 peratus kepada RM153.1 bilion pada Februari 2025, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Kalangan ahli ekonomi menyemak turun pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) Malaysia 2025 kepada 4.5 peratus berikutan pelaksanaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) yang memberi kesan, namun pada masa sama terus yakin dengan daya tahan ekonomi.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia susut kepada 48.6 pada April daripada 48.8 pada Mac, apabila pengeluar mengurangkan pembelian, stok bahan mentah dan barang siap berikutan kekurangan pesanan baharu, menurut S&P Global Market Intelligence.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) hari ini menggesa kerajaan untuk terus menangguhkan pelaksanaan peluasan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) melangkaui tarikh baharu pada 1 Jun, 2025, berikutan impaknya terhadap perniagaan serta pengguna.