Terdapat 288 berita berdasarkan kata kunci carian " selesa"

IKEA Rancang Buka Kedai Fizikal Di Sarawak

KUCHING, 20 Mac (Bernama) -- IKEA iaitu peruncit kelengkapan rumah dari Sweden merancang untuk membuka kedai fizikal di Sarawak sebagai sebahagian daripada langkah untuk mengembangkan perniagaannya di Malaysia.

48 Perusahaan Kecil Milikan Kaum India Terima Geran RM2.96 Juta Di Bawah I-BAP

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) melalui SME Corp. Malaysia meluluskan bantuan geran berjumlah RM2.96 juta kepada 48 perusahaan kecil milikan kaum India di bawah Program Business Accelerator untuk syarikat milikan India bersaiz kecil (I-BAP), sehingga kini.

Solarvest Berada Kedudukan Baik Bagi Manfaat Peluang Dalam Sektor TBB - Maybank IB

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Solarvest Holdings Bhd berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang yang muncul dalam sektor tenaga boleh baharu (TBB) Malaysia dengan mengambil kira pegangan pasaran yang kukuh dalam tenaga solar.

Catcha Digital Ambil Alih 51 Peratus Saham Digital Symphony Pada Harga RM22.95 Juta Tunai

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Catcha Digital Bhd memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat bagi mengambil alih 51 peratus kepentingan dalam DS Services Sdn Bhd (Digital Symphony) dengan nilai RM22.95 juta secara tunai.

TMK Chemical Beli Tanah Di Singapura Pada Harga RM48.99 Juta

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- TMK Chemical Bhd (TMK) menerusi anak syarikat milik penuhnya, Chlor-Al Chemical Pte Ltd (CAL) akan membeli sebidang tanah di Singapura daripada Chin Yuan Metal Pte Ltd (CYM) pada harga S$14.80 juta (S$1 = RM3.31).

IILM Selesai Terbit Semula Sukuk Jangka Pendek US$1.21 Bilion

KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Perbadanan Pengurusan Likuiditi Islam Antarabangsa (IILM) menyelesaikan terbitan semula sukuk jangka pendek dengan agregat US$1.21 bilion (US$1=RM4.41) melibatkan tiga tempoh berbeza masing-masing satu, tiga dan enam bulan.

Capital A Sasar Keluar Daripada Status PN17 Menjelang Mei 2025

SEPANG, 10 Mac (Bernama) -- Capital A Bhd menyasar keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17) menjelang Mei 2025 selepas pelan penstrukturan semulanya mendapat kelulusan pemegang saham dan Mahkamah Tinggi.

Tangguh Cadangan Kenaikan Tarif Pelabuhan 30 Peratus - FMM

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) – Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) memohon supaya kerajaan menangguhkan pelaksanaan cadangan kenaikan tarif pelabuhan sebanyak 30 peratus khususnya untuk pengendalian dan penyimpanan kontena.

LSH Capital Gantung Dagangan Sehingga Pindahan Penyenaraian Ke Pasaran ACE Selesai

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Lim Seong Hai Capital Bhd (LSH Capital) mendapat kelulusan daripada Bursa Malaysia Securities Bhd untuk menggantung lebih awal dagangan sahamnya di Pasaran LEAP berkuat kuasa 2.30 petang hari ini sehingga pindahan penyenaraian ke Pasaran ACE selesai. 

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, diterajui oleh sektor utiliti, perladangan, telekomunikasi dan media.

BMI Jangka BNM Kekalkan OPR Sepanjang 2025

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- BMI Country Risk & Industry Research (BMI), unit Fitch Solutions Group Ltd, menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sepanjang 2025.

AirBorneo Akan Muktamad Penjenamaan Termasuk Adakan Pertandingan Cipta Logo Secara Terbuka

LUNDU (Sarawak), 4 Mac (Bernama) -- AirBorneo, syarikat penerbangan milik negeri Sarawak sedang memuktamadkan penjenamaannya, termasuk mengadakan pertandingan mencipta logo yang akan dibuka kepada orang ramai.