10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- My E.G. Services Bhd (MYEG) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM697.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM487.65 juta yang dicatatkan pada tahun sebelumnya.
10bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Usaha penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dijangka membuahkan hasil dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Perkhidmatan atas permintaan, Grab termasuk perkhidmatan e-panggilan dan penghantarannya menyumbang sebanyak RM9.9 bilion kepada ekonomi Malaysia pada 2023, menurut laporan baharu oleh firma perunding ekonomi tempatan, EconWorks.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM), Bank Indonesia (BI) dan Bank of Thailand (BOT) hari ini mengumumkan penerapan Garis Panduan Operasi Rangka Kerja Transaksi Mata Wang Tempatan (LCTF OG) yang terselaras serta perluasan transaksi rentas sempadan yang layak di bawah rangka kerja itu.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- RichTech Digital Bhd (RichTech) berjaya mencapai premium 200 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 25 sen sesaham, meningkat kepada 75 sen dan memperoleh RM13.67 juta pada hari dagangan pertamanya di Pasaran ACE pada Isnin.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd membuat teguran secara terbuka terhadap Iqzan Holding Bhd dan lima pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Feb (Bernama) -- Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) memperkenalkan Interactive Virtual Tourism (IVT), platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- KJTS Group Bhd bercadang untuk mengambil alih Malakoff Utilities Sdn Bhd (MUSB), anak syarikat Malakoff Corporation Bhd pada harga RM65.5 juta secara tunai.
11bulan ago
IPOH, 31 Jan (Bernama) -- Nilai transaksi hartanah bagi tahun 2024 mencecah RM217.46 bilion jauh mengatasi sasaran RM100 bilion yang ditetapkan pada awal tahun, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 30 Jan (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menutup sementara pejabatnya di Bintulu mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak berikutan penutupan bekalan elektrik di bangunan terbabit sebagai langkah keselamatan susulan paras air banjir yang meningkat.