1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- RHB Investment Bank Bhd (RHB IB) mengekalkan unjuran inflasi bagi 2026 pada kadar 1.8 peratus (2025: 1.4 peratus), hampir kepada paras tertinggi julat rasmi 1.3–2.0 peratus yang mencerminkan permintaan domestik yang lebih kukuh.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 19 Feb (Bernama) -- Loji bahan api penerbangan mampan (SAF) bernilai RM2.3 bilion di Tanjung Langsat, Johor, dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan penerbangan rendah karbon global, serta mewujudkan ribuan peluang pekerjaan sepanjang rantaian nilai, daripada pengumpulan bahan mentah hingga perdagangan tenaga hiliran.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Inflasi Malaysia meningkat 1.6 peratus pada Januari 2026 dengan mata indeks meningkat kepada 135.7 daripada 133.6 pada bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Selama hampir dua dekad, Formula Satu (F1) menjadi simbol aspirasi sukan permotoran Malaysia, meletakkan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kalendar perlumbaan global dan mengangkat negara sebagai destinasi utama sukan permotoran berprestij.
1bulan ago
GEORGE TOWN, 18 Feb (Bernama) -- Pengukuhan nilai ringgit berbanding dolar US disifatkan sebagai perkembangan positif ekonomi Malaysia sekali gus memberi manfaat langsung kepada rakyat dan sektor perniagaan serta pelaburan negara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Di atas kertas, Malaysia mempunyai salah satu kemudahan sukan permotoran paling canggih di Asia Tenggara.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 17 Feb (Bernama) -- Kelangsungan Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selepas Formula Satu (F1) tidak banyak dipengaruhi oleh kekurangan penganjuran acara bertaraf dunia sebaliknya, lebih banyak dibentuk oleh kekuatan model perniagaan berasaskan kadar penggunaan disokong oleh penggunaan litar yang kerap dan aktiviti komersial yang berulang.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) melalui Pusat Memudahcara Pelaburan Malaysia (IMFC) menyelesaikan lebih daripada 44,000 kes pelabur dengan mencapai kadar pelaksanaan projek sebanyak 99.9 peratus dalam tempoh dua tahun.
1bulan ago
BALIK PULAU, 15 Feb (Bernama) -- Kementerian Kewangan (MOF) akan terus bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi meneliti mekanisme berkaitan perkembangan harga barangan import susulan pengukuhan ringgit.
1bulan ago
LABUAN, 14 Feb (Bernama) -- Anggota Majlis Penasihat Perbadanan Labuan mengadakan mesyuarat pertama hari ini bagi sesi 2025-2027 dengan menumpukan kepada langkah memperkukuh ekonomi serta menangani beberapa cabaran ekonomi tertunggak dan baharu yang dihadapi pulau ini.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat berikutan pelabur mengambil keuntungan selepas unit tempatan mencecah paras tertinggi baharu semalam, menjelang minggu dagangan singkat susulan cuti perayaan Tahun Baharu Cina.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- PR1MA Corporation Malaysia melantik Brian Iskandar Zulkarim sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kumpulan berkuat kuasa 1 Jan 2026.