11bulan ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengalami penurunan berbanding kenaikan semalam untuk ditutup lebih rendah pada Khamis apabila pelabur mengambil pendekatan mengelak risiko berikutan ketidaktentuan luaran yang semakin meningkat, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Skim Jaminan Kredit Perumahan di bawah Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Bhd (SJKP) akan ditingkatkan dengan tambahan jaminan RM10 bilion tahun ini sekali gus akan memberikan manfaat kepada lebih 20,000 peminjam.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Keuntungan bersih RHB Bank Bhd melonjak kepada RM3.12 bilion pada tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 berbanding RM2.81 bilion pada tahun kewangan 2023, dipacu oleh pertumbuhan pendapatan keseluruhan yang kukuh.
11bulan ago
Oleh Mikhail Raj Abdullah
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sekretariat ASEAN yang berpangkalan di Jakarta harus diberi lebih banyak kuasa untuk mengenal pasti negara yang menggunakan halangan bukan tarif (NTB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia dijangka kekal di atas trend pada 4.5 peratus, dipacu terutamanya oleh pelaburan dan penggunaan yang kukuh, kata UBS Investment Bank Global Research.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri penurunan selama dua hari untuk ditutup pada paras tertinggi harian hari ini, dengan indeks komposit meningkat 1.32 peratus, didorong oleh pembelian semasa harga murah susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
11bulan ago
Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Ringgit terus menyusut daripada dolar AS ketika ditutup hari ini berikutan laporan keyakinan pengguna Amerika Syarikat (AS) yang lebih rendah berbanding jangkaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Selepas berjaya menjana jualan RM654 juta tahun lepas, Minggu Pembinaan Antarabangsa (ICW) serta Pameran Industri Bangunan dan Pembinaan Antarabangsa Malaysia (BuildXpo) 2025 menyasar untuk mencapai jualan sekurang-kurangnya RM700 juta tahun ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM10.09 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, meningkat 7.9 peratus berbanding RM9.35 bilion yang direkodkan pada tahun kewangan 2023.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Malaysia menerajui pembangunan Strategi Kerjasama Keselamatan Siber ASEAN 2026-2030 yang merupakan satu inisiatif berpandangan ke hadapan bertujuan meningkatkan kerjasama dan daya tahan serantau.
11bulan ago
KUCHING, 26 Feb (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak (Mintred) sedang giat memperhalusi dan menambah baik polisi pelaburan di negeri itu, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Vietnam Oil and Gas Group (Petrovietnam) akan mempercepat kerjasama dalam sektor tenaga di Vietnam, merangkumi aktiviti di sektor huluan dan hiliran, gas dan tenaga boleh baharu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.