11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Gas Malaysia Bhd mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM441.39 juta bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Dis 2024 berbanding RM383.40 juta pada tahun sebelumnya.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) akan menyokong Malaysia untuk mencapai atau melepasi sumbangan ekonomi digital sebanyak 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada akhir 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Anuar Fariz Fadzil.
11bulan ago
KUCHING, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sarawak dan Kerajaan Persekutuan bersepakat supaya semua pihak menghormati undang-undang persekutuan dan negeri berkaitan aktiviti pembangunan petroleum dan gas di negeri ini, dengan Petronas dan Petroleum Sarawak Bhd (Petros) bekerjasama sebagai rakan kongsi untuk memajukan kepentingan dan hasil negara dan negeri.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Maxis Bhd mencatat peningkatan keuntungan bersih 40.6 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2024 kepada RM1.4 bilion berbanding RM993 juta pada tahun sebelumnya, didorong oleh pertumbuhan hasil yang lebih kukuh dan pengoptimuman kos.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, Feb 18 (Bernama) -- Hartalega Holdings Bhd mencatat keuntungan bersih lebih rendah pada RM19.51 juta bagi suku ketiga tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024, berbanding RM22.38 juta bagi tempoh sama setahun lepas.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- OCBC Bank (Malaysia) Bhd secara rasmi melancarkan Pusat Pelanggan Persendirian Premier OCBC di Bangsar sebagai pusat utama untuk menggandakan bilangan pelanggan premier di negara ini dalam tempoh lima tahun.
11bulan ago
TELUK INTAN, 18 Feb (Bernama) -- Seramai 24,700 pembayar cukai telah menggunakan sistem e-invois yang melibatkan pengeluaran sekitar 173 juta e-invois bermula dari Fasa pertama pada 1 Ogos, 2024, sehingga 13 Februari 2025.
11bulan ago
KOTA KINABALU, 18 Feb (Bernama) -- Usaha pembinaan bagi projek loji penyimpanan dan penapisan minyak petroleum di Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (SOGIP), kira-kira 144 kilometer dari sini, dijangka bermula pada April ini.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- TechStore Bhd yang membuat kemunculan sulung di Pasaran ACE, kini menyasarkan untuk berkembang lebih jauh di Malaysia sebelum mempertimbangkan pengembangan ke peringkat antarabangsa.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Hong Leong Asset Management Bhd (HLAM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan bernilai RM241 juta bagi tujuh dana bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis, 2024.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Usaha penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dengan penubuhan konsortium diterajui Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) dijangka membuahkan hasil dan merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara, sekali gus memberi pulangan kepada kerajaan, kata Kementerian Kewangan (MOF).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Tuduhan bahawa Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengalami kerugian daripada penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) adalah tidak berasas, menurut Kementerian Kewangan (MOF).