Terdapat 392 berita berdasarkan kata kunci carian " asia barat"

Harga Diesel Global Naik Susulan Kekangan Bekalan, Permintaan Yang Kukuh - Rystad Energy  

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga diesel meningkat lebih pantas berbanding petrol berikutan kekangan struktur bekalan, permintaan industri yang berterusan dan fleksibiliti yang terhad dalam sistem penapisan, kata firma penyelidikan tenaga Rystad Energy.

Harga MSM Dijangka Cecah RM4,350 Satu Tan Berikutan Bekalan Terhad - Hong Leong IB

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Harga minyak sawit mentah (MSM) bagi 2026 dijangka meningkat kepada RM4,350 satu tan, naik RM150 setiap tan berikutan keadaan bekalan jangka pendek yang lebih terhad, kata Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB).

Suruhanjaya Tenaga Akan Memastikan Bekalan Bahan Api Berterusan Untuk Penjanaan Elektrik

PUTRAJAYA, 2 April (Bernama) -- Suruhanjaya Tenaga (ST) mengambil langkah untuk memastikan bekalan bahan mentah yang berterusan, khususnya gas dan arang batu bagi penjanaan elektrik, sambil memantau perkembangan di Asia Barat susulan konflik di rantau itu kini memasuki bulan kedua.

Bursa Malaysia Dibuka Kukuh Susulan Optimisme Konflik Asia Barat Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka kukuh pada Khamis, disokong peningkatan optimisme bahawa konflik di Asia Barat berpotensi mereda dalam masa terdekat, kata seorang penganalisis.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Susulan Jangkaan Harapan Ketegangan Mereda

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis, disokong optimisme bahawa ketegangan geopolitik mungkin semakin reda, walaupun sentimen pasaran keseluruhan kekal berhati-hati.

Peraturan Baharu Harga Minyak Jerman Berpotensi Percepat Pemilikan EV

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Peraturan harga minyak terkini di Jerman berpotensi membentuk semula corak permintaan automotif dengan mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik (EV), di samping menimbulkan kebimbangan yang lebih meluas mengenai inflasi dan tekanan kos di Eropah.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi, Indeks Komposit Naik 1.10 Peratus

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Rabu, dengan indeks utama meningkat 1.10 peratus seiring dengan kenaikan kukuh merentasi pasaran serantau susulan peningkatan di Wall Street dalam tempoh semalaman, kata penganalisis.

Industri Perbankan Malaysia Kekal Berdaya Tahan, Menyokong Dalam Ketidaktentuan Global – ABM

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Industri perbankan Malaysia kekal kukuh, berdaya tahan dan komited untuk menyokong pelanggan di tengah-tengah ketidaktentuan global termasuk perkembangan di Asia Barat, menurut Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM).

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Rabu, didorong oleh keyakinan baharu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai potensi pelan keluar daripada konflik Asia Barat dalam tempoh dua hingga tiga minggu akan datang, kata peniaga.

Petronas Dan Pihak Berkuasa Bekerjasama Pacu Pengeluaran, Jamin Bekalan

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keterjaminan bekalan domestik selain mempercepat usaha meningkatkan pengeluaran minyak mentah.

Kos Naik, Permintaan Suram Jadikan Sektor Pembuatan ASEAN Menyederhana Pada Mac

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Sektor pembuatan ASEAN mencatat penyederhanaan ketara dari segi penunjuk permintaan pada Mac 2026 susulan peningkatan kos input dan caj output, sekali gus menjadikan prestasi terendahnya dalam tempoh enam bulan, menurut S&P Global.

Top Glove Dijangka Terima Manfaat Daripada Harga Lateks Yang Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 1 April (Bernama) -- Pengeluar sarung tangan yang lebih terdedah kepada sarung tangan lateks asli boleh menerima manfaat sementara waktu di tengah-tengah konflik Asia Barat apabila pelanggan mencari pengganti yang lebih murah bagi sarung tangan getah nitril butadiena (NBR).