BERITA TERKINI   Pelajar sekolah agama, pondok digalakkan kuasai teknologi baharu - PM Anwar | Plaza Tol Bestari Perdana di Lebuhraya Senai Desaru dibuka hari ini, tol percuma hingga selepas Aidilfitri - Nanta | Kementerian Luar sahkan tiada rakyat Malaysia terlibat dalam nahas tren berkelajuan tinggi di Sepanyol pada 18 Jan lepas | Perolehan ATM: Dua lagi pegawai kanan tinggi bergelar 'Datuk' akan didakwa minggu depan - Azam Baki | Sabah terima peruntukan pembangunan luar bandar tertinggi dalam Belanjawan 2026, bukti komitmen Kerajaan Persekutuan - Ahmad Zahid | 

Terdapat 385 berita berdasarkan kata kunci carian " bank pusat"

Negara Dagangan Perlu Guna Platform WTO Selesai Isu Dan Masalah Perdagangan - PM Anwar

Oleh Nor Baizura Basri dan Karina Imran

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata negara perdagangan perlu menggunakan platform Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menyelesaikan sebarang isu dan masalah, termasuk tarif.

ASEAN Akan Lebih Efisien Untuk Beri Lebih Banyak Ruang Bagi Rundingan Tarif - Sri Mulyani

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Negara anggota ASEAN memberi tumpuan untuk menghapuskan gangguan agar menjadi lebih cekap untuk membuka ruang bagi rundingan dengan Washington yang menyuarakan kebimbangan terhadap halangan tarif dan bukan tarif.

BNM, Bank Of Thailand Perkukuh Kerjasama Pertingkat Daya Tahan Siber

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) dan Bank of Thailand (BOT) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi memperkukuh usaha kerjasama dalam keselamatan siber dan perlindungan penipuan digital.

ASEAN Salur Dana Bantuan Gempa Bumi Myanmar, Bincang Usaha Jangka Panjang

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Dana Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN telah dimanfaatkan susulan kejadian gempa bumi di Myanmar baru-baru ini, selain usaha blok serantau itu yang sedang meneliti aspek pemulihan jangka panjang.

ASEAN Perlu Kekal Berkecuali Dalam Perang Dagangan Kuasa Besar Ekonomi

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- ASEAN perlu mengekalkan pendirian berkecuali dalam bahang perang dagangan global berkaitan tarif membabitkan kuasa besar Amerika Syarikat (AS) dan China, kata mantan Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Andrew Sheng.

Anwar Dijadual Sampaikan Pernyataan Bersama ASEAN Bagi Capai Kebebasan Ekonomi, Elak Risiko Global

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 yang berlangsung hari ini amat penting dalam usaha mendapatkan sokongan kalangan menteri untuk konsensus serantau bagi menghadapi tarif Amerika Syarikat (AS) yang membebankan.

ASEAN Secara Kolektif Harungi Antara Tempoh Paling Sukar Dalam Sejarah Terkini

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- ASEAN secara kolektif sedang mengharungi antara tempoh paling sukar dalam sejarah semasa, merangkumi tarif perdagangan dan ketegangan geopolitik sehinggalah cabaran iklim serta kepesatan kemajuan teknologi dan ketangkasan ekonomi di negara masing-masing.

ASEAN Suara Kebimbangan Perniagaan Antarabangsa Di Rantau Ini Akan Turut Terjejas Oleh Tarif AS

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Hari ketiga Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12 dan mesyuarat berkaitan, menyaksikan perbincangan produktif antara menteri ASEAN dan majlis perniagaan utama.

PNB Perkukuh Portfolio Dengan Lepaskan Pegangan Dalam Pelaburan Legasi

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Permodalan Nasional Bhd (PNB) sedang mempertimbangkan untuk melepaskan pegangannya dalam pelaburan legasi, membolehkannya mengukuhkan kelas aset lain termasuk pendapatan tetap, kata Timbalan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya, Datuk Rick Ramli.

Muzium Dan Galeri Seni BNM Anjur Pameran Raikan Budaya, Mata Wang ASEAN

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia (BNM MAG) menganjurkan dua pameran baharu ‘Numismatic Marvel: Minted History, Printed Heritage' dan 'Palette and Pen' bersempena dengan Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini, terjejas akibat sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan laporan pelaksanaan tarif sebanyak 104 peratus ke atas China, menandakan kemungkinan berlakunya perang dagangan yang berpanjangan.

Pasaran Ekuiti, Kewangan Malaysia Mampu Harungi Ketidaktentuan Ekoran Tarif AS - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Pasaran ekuiti dan kewangan Malaysia berkemampuan untuk mengharungi ketidaktentuan yang diakibatkan oleh tarif Amerika Syarikat (AS) didorong oleh sokongan institusi yang kukuh dan kecairan yang mencukupi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.