Terdapat 870 berita berdasarkan kata kunci carian " domestik"

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Berikutan Aliran Keluar Asing, Ketegangan Asia Barat Memuncak

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 17 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan aliran keluar dana asing apabila pelabur terus menilai ketegangan yang memuncak antara Israel dan Iran, kata penganalisis.

CIMB Lantik Bekas Pengerusi SC Syed Zaid Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- CIMB Group Holdings Bhd (CIMB) mengumumkan pelantikan Datuk Syed Zaid Albar sebagai pengerusi kumpulan berkuat kuasa 20 Julai 2025.

Ringgit Meningkat Berbanding Dolar AS Ekoran Ketidaktentuan Memuncak

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, disokong oleh Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih lemah apabila susut 0.21 peratus kepada 97.979 mata berikutan ketidaktentuan yang memuncak, kata pakar ekonomi.

Bursa Malaysia Melantun Semula Untuk Ditutup Tinggi Sejajar Prestasi Pasaran Serantau

Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia pulih semula daripada penurunan pada sesi awal untuk ditutup tinggi sedikit hari ini disokong oleh keyakinan terhadap segmen pusat data dan daya tahan saham di tengah-tengah peningkatan ketegangan geopolitik.

Batik Air Perbaharui Pensijilan IOSA, Kukuhkan Komitmen Amalan Keselamatan, Keunggulan Operasi

KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) -- Syarikat penerbangan Batik Air berjaya memperbaharui pensijilan Audit Keselamatan Operasi (IOSA) yang dikeluarkan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), sah sehingga 3 Jun, 2027.

TNB: Kekukuhan Hari Ini, Jaminan Masa Depan Lebih Cerah

KUALA LUMPUR, 16 Jun  (Bernama) -- Bekalan tenaga elektrik adalah antara perkara yang kurang difikirkan oleh kebanyakan rakyat Malaysia — sehinggalah ia terputus.

Asia Berperanan Penting Pacu Inovasi, Kemampanan Bagi Peralihan Tenaga - Petronas

BANGI, 15 Jun (Bernama) -- Asia berperanan penting dalam memacu inovasi dan pertumbuhan mampan bagi peralihan tenaga, kata Naib Presiden Kelestarian Korporat Petroliam Nasional Bhd (Petronas) Charlotte Wolff-Bye.

Arisprop Capital Sasar Bawa Jenama Aris Burger Ke Pasaran China Pada 2027

Oleh Mohd Noor Azeery Idris

KUALA LUMPUR, 15 Jun (Bernama) -- Pengeluar makanan sejuk beku, Arisprop Capital Bhd merancang untuk membawa jenama Aris Burger menembusi pasaran China menjelang 2027 sebagai sebahagian daripada strategi peluasan global syarikat.

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Seiring Dengan Pasaran Tunai Dalam Ketidaktentuan Geopolitik, Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 14 Jun (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mencerminkan prestasi kadar asas pasaran tunai berikutan ketidaktentuan pasaran global yang berterusan.

Ringgit Ditutup Rendah, Tekanan Geopolitik Lonjak Dolar AS

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Ringgit turun untuk ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) di hari dagangan terakhir minggu ini pada Jumaat berikutan peningkatan kebimbangan geopolitik memacu permintaan terhadap dolar AS sebagai mata wang selamat.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Akibat Ketegangan Geopolitik, Ketidaktentuan Tarif

Oleh Harizah Hanim Mohamed

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Jumaat berikutan tekanan jualan besar-besaran dalam sektor teknologi, penjagaan kesihatan dan logistik.

Kemahiran Pelaporan Berita Ekonomi Penting Ketika Tarif Kuasai Tajuk Utama Dunia

KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) -- Kalangan wartawan kini semakin sedar pengetahuan dalam laporan perniagaan dan ekonomi adalah komponen penting ketika melaporkan isu domestik, serantau dan antarabangsa secara berkesan, apatah lagi ketika isu tarif kini menguasai tajuk utama dunia.