Terdapat 358 berita berdasarkan kata kunci carian " komponen"

Amir Hamzah Lawat Depot Kastam Darat Bukit Kayu Hitam & Zon Perdagangan Bebas

ALOR SETAR, 4 Jun (Bernama) -- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengadakan lawatan kerja ke Depot Kastam Darat (ICD) Bukit Kayu Hitam (BKH) dan Zon Perdagangan Bebas baru-baru ini.

ASM Automation Sasar Kumpul RM21.82 Juta Melalui IPO

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Pakar penyelesaian jentera automasi, ASM Automation Group Bhd yang bakal disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia Bhd menjelang 2 Julai ini, berhasrat untuk mengumpulkan RM 21.82 juta melalui tawaran awam permulaannya (IPO).

Microsoft Lancar BINA AI Malaysia, Percepat Inovasi Teknologi

KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) -- Microsoft hari ini mengumumkan pelancaran BINA AI Malaysia, satu inisiatif bertujuan menyokong fasa seterusnya dalam usaha mempercepat transformasi kecerdasan buatan (AI) negara ini.

Tarif AS : Malaysia Berpotensi Hilang Sehingga Empat Peratus Nilai Eksport Panel Solar

KUALA LUMPUR, 25 Mei (Bernama) -- Malaysia berisiko kehilangan tiga hingga empat peratus daripada nilai eksport panel solarnya jika Amerika Syarikat (AS) meneruskan rancangan mengenakan tarif import produk panel solar, kata pemerhati industri.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 23 Mei (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan Indeks Dolar AS (DXY) yang lemah di tengah-tengah data ekonomi yang bercampur-campur, kata penganalisis.

LIMA'25: Platform Syarikat Tempatan Perkasa Bidang Aeroangkasa Negara

LANGKAWI, 23 Mei (Bernama) -- Global Component Asia, sebuah syarikat penyedia perkhidmatan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO) pesawat awam dan tentera tempatan memperkukuh keupayaan aeroangkasa dan daya saing pertahanan negara dengan membangunkan kepakaran tempatan dalam bidang itu.

Malaysia Tuan Rumah WITEX Dan WCAF 2025, Pentas Global Pelancongan Islam

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Malaysia buat julung kalinya akan menjadi tuan rumah Ekspo Pelancongan dan Perdagangan Islam Sedunia (WITEX) 2025 serta Festival Kebudayaan dan Kesenian Dunia (WCAF) 2025 di sebuah hotel di Bandar Sunway, dari 22 hingga 24 Ogos ini.

Sapura Industrial, Syarikat Dari China Bina Kemudahan Komponen Bateri Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Sapura Industrial Bhd (SIB) melalui anak syarikat milik penuhnya, SIB Ventures Sdn Bhd menjalin usaha sama bersama syarikat berpangkalan di China, Zhejiang Zhongze Precision Technology Co Ltd.

Airbus Sasar Permintaan Pesawat A220 Di Malaysia, Penuhi Keperluan Serantau

PUTRAJAYA, 19 Mei (Bernama) -- Syarikat pengeluar pesawat Eropah, Airbus menyasarkan potensi besar bagi pesawat jenis A220 di Malaysia yang disifatkan sebagai pengangkut sempurna untuk perkhidmatan serantau.

Malaysia Berada Di Landasan Teraju Sektor Pembuatan EV, Bateri Di ASEAN -- MARii

KUALA LUMPUR, 19 Mei (Bernama) -- Sektor elektrik dan elektronik (E&E) Malaysia yang kukuh meletakkan negara di landasan untuk meneraju industri pembuatan kenderaan elektrik (EV) dan komponen bateri bagi menyokong permintaan ekosistem mobiliti serantau yang semakin meningkat di ASEAN.

GE Aerospace Mahu Terus Perluas Operasi Di Malaysia Dan Asia Pasifik

Daripada Kisho Kumari Sucedaram 

BEIJING, 19 Mei (Bernama) – GE Aerospace merancang untuk terus memperluas operasinya di Malaysia dan rantau Asia Pasifik sambil memperkukuh keupayaan penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih (MRO).

Trensor Labur RM100 Juta Untuk Bina Kemudahan Pembuatan Pertamanya Di Pulau Pinang

KEPALA BATAS, 17 Mei (Bernama) -- Trensor Co Ltd, pengeluar sensor tekanan terkemuka China, melabur sebanyak RM100 juta untuk membina kemudahan pembuatan pertamanya di Taman Teknologi Pulau Pinang di Bertam, di sini.