Terdapat 195 berita berdasarkan kata kunci carian " limpahan"

Belanjawan 2025 Akan Terus Perkukuh Industri Semikonduktor Malaysia - Persatuan

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Industri semikonduktor Malaysia dijangka terus kukuh dengan pelbagai inisiatif digariskan di bawah Belanjawan 2025, termasuk Inisiatif Daya Tahan Rantaian Bekalan dan Kerangka Insentif Pelaburan Baharu.

Projek Mega Pacu Pertumbuhan Ekonomi, Pekerjaan -- Pakar

Oleh Abdul Hamid A Rahman and Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Kesinambungan projek infrastruktur utama di bawah kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjana kesan limpahan yang besar merentasi ekonomi selain memupuk penciptaan pekerjaan, pelaburan, dan meningkatkan kesalinghubungan, menurut pakar.

Pasaran Perkhidmatan Penjagaan Kesihatan Malaysia Diunjur Cecah US$48.41 Bilion Pada 2028

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Saiz pasaran perkhidmatan penjagaan kesihatan Malaysia diunjurkan mencecah US$48.41 bilion (US$1=RM4.28) pada 2028 dengan kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) 13.5 peratus, menurut Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Kerajaan Ada Ruang Untuk Optimumkan Perbelanjaan Tetapi Hasil Perlu Ditingkatkan - Rafizi

KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaannya walaupun terdapat keperluan untuk meningkatkan hasil, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli. 

Malaysia Semakin Menarik Kepada Pelabur Asing - UBS Global Research

KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Malaysia menjadi semakin menarik kepada pelabur asing atas beberapa faktor, seperti kestabilan politik negara dan prestasinya dalam melaksanakan tanggungjawab fiskal, menurut UBS Global Research. 

Malaysia Di Landasan Raih Bahagian Penting Pasaran Digital Global - Gobind

KUALA LUMPUR, 9 Okt (Bernama) — Malaysia kini di landasan tepat bagi menguasai bahagian penting dalam pasaran digital global, seiring jangkaan ekonomi digital negara menyumbang 25.5 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang akhir tahun depan.

PMKS Harus Peroleh Manfaat Daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital - Tengku Zafrul

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

VIENTIANE, 8 Okt (Bernama) -- Perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) ASEAN seharusnya mendapat manfaat daripada jangkaan nilai ekonomi berjumlah US$2 trilion dijana daripada Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) menjelang 2030.

Kenanga Jangka OPR Stabil 3.0 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.

13 Kontraktor Terima SST Untuk Laksana Projek LPB Fasa 1B

KOTA KINABALU, 4 Okt (Bernama) -- Sebanyak 13 kontraktor menerima Surat Setuju Terima (SST) bagi melaksanakan projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) Sabah Fasa 1B.

Pelaburan Oracle Dapat Lonjak Ekonomi Digital, Inovasi Malaysia - Penganalisis

KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Langkah Oracle untuk melabur dalam dalam sektor kecerdasan buatan (AI) dan pengkomputeran awan Malaysia dapat menjadi pemangkin pertumbuhan ekonomi digital negara, sekali gus melonjakkan inovasi teknologi dan daya saing ekonomi.

Bursa Malaysia Dijangka Kembali Meningkat Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 28 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan kenaikan semula minggu depan, didorong oleh kesan limpahan daripada kenaikan kukuh berterusan di pasaran China dan Amerika Syarikat (AS).

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Sedikit Susulan Pengambilan Untung

Oleh Karina Imran

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah sedikit hari ini susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatatkan prestasi kukuh sebelum ini, kata seorang penganalisis.