3bulan ago
KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) -- Kerajaan harus memperluaskan pelepasan cukai untuk insurans perubatan dan kesihatan dalam Belanjawan 2025, kata Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Mark O'Dell.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap Belanjawan 2025 selepas menandatangani dokumen rasmi belanjawan itu di Kementerian Kewangan hari ini.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Persatuan Pengeluar E-Wang (AEMI) memohon kepada kerajaan supaya mempertimbangkan pelanjutan pengecualian cukai jualan dan perkhidmatan (SST) semasa untuk perkhidmatan kewangan digital dalam Belanjawan 2025 bagi mengekalkan pertumbuhan industri.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi sejajar dengan prestasi Wall Street yang positif selepas senarai gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) pada September mengatasi jangkaan, menunjukkan ekonomi kekal kukuh.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memastikan industri sawit negara terus diperkasakan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kerajaan MADANI akan memberi tumpuan kepada isu inflasi dalam Belanjawan 2025, yang akan dibentangkan pada 18 Oktober ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Penggunaan dan penyelidikan tenaga boleh diperbaharui, sokongan kepada penyelidikan serta penguatkuasaan pengurusan alam sekitar antara aspek perlu dititikberatkan dalam Belanjawan 2025 sekali gus memacu pertumbuhan mampan berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di pasaran serantau, kata seorang penganalisis.
3bulan ago
GEORGE TOWN, 3 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang berharap dua projek penting di negeri itu dapat diluluskan dalam Belanjawan 2025 iaitu pembinaan Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua dan geran padanan bagi Penang Silicon Design @5km,+ kata Ketua Menteri Chow Kon Yeow.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Airbnb berharap kerajaan menyokong dan mengesahkan garis panduan penginapan sewa jangka pendek (STRA) negara serta mengiktiraf potensi ekonomi perkongsian dalam sektor hospitaliti menerusi Belanjawan 2025.
3bulan ago
Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Belanjawan 2025 harus merangkumi dasar yang lebih teguh dan fleksibel yang boleh membantu meningkatkan penerimagunaan tenaga solar dalam kalangan perniagaan dan pemilik rumah, demikian menurut Plus Xnergy Holdings Sdn Bhd.
3bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Pejabat Penyelidikan Makroekonomi ASEAN+3 (AMRO) menjangka ringgit kekal kukuh sebagai antara mata wang berprestasi terbaik di rantau ini.