1tahun ago
LABUAN, 24 Nov (Bernama) -- Rata-rata usahawan yang menyertai Program Labuan Connect! amat teruja apabila menjadi pempamer pertama yang terlibat dalam acara itu yang julung kali diadakan di sini semalam.
1tahun ago
Daripada Zarul Effendi Razali
DUBAI, 20 Nov (Bernama) -- Bubbles O2 Sdn Bhd, perintis dalam industri air mineral semula jadi beroksigen di Malaysia, mengumumkan kerjasama dengan Queen of Nature Group hari ini di MIHAS@Dubai 2024.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 20 Nov (Bernama) – Pengerusi Lim Seong Hai (LSH) Capital Bhd Tan Sri Lim Keng Cheng diiktiraf sebagai penerima Anugerah Tokoh Terkemuka (Prominent Player Award) di Anugerah Kecemerlangan Industri Pembinaan Malaysia (MCIEA) 2024 yang mengiktiraf sumbangan transformatif dan kepimpinan berwawasan beliau dalam industri pembinaan.
1tahun ago
DUBAI, 18 Nov (Bernama) -- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) di Dubai akan menyerlahkan kepimpinan dan kepakaran Malaysia dalam industri halal kepada khalayak global.
1tahun ago
KOTA KINABALU, 18 Nov (Bernama) -- Majlis Tenaga Sabah meluluskan tiga syarikat tempatan untuk menjalankan kajian kebolehlaksanaan sebagai langkah proaktif melibatkan pemain industri tempatan dalam pembangunan teknologi Penukaran Tenaga Termal Laut (OTEC) di Sabah.
1tahun ago
Oleh Christine Lim
KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan untuk menunjukkan kepimpinannya dalam ASEAN apabila ia memegang peranan sebagai pengerusi pertubuhan berkenaan tahun depan.
1tahun ago
KUCHING, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama Rangkaian Pendidikan Kewangan (FEN) dan industri kewangan menganjurkan Karnival Celik Kewangan (KCK) Sarawak selama tiga hari, bermula semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan liberalisasi dasar pertukaran asing (FEP) bagi bank pembangunan pelbagai hala dan institusi kewangan pembangunan bukan pemastautin yang layak.
1tahun ago
Oleh Karina Imran
KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Syarikat-syarikat Malaysia digalakkan untuk memanfaatkan kedudukan strategik Hong Kong sebagai pintu masuk untuk menubuhkan dan mengembangkan sayap mereka di Greater Bay Area (GBA) Guangdong-Hong Kong-Macao.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- PMB Investment Bhd dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk mewujudkan kerjasama strategik yang bertujuan mengembangkan peluang-peluang dalam pelaburan patuh syariah.
1tahun ago
KUCHING, 10 Nov (Bernama) -- Syarikat telekomunikasi U Mobile berjaya menyiapkan 78 daripada 81 menara yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dalam projek Jalinan Digital Negara (JENDELA), kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
1tahun ago
PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) menyasarkan potensi pelaburan bernilai RM100 juta melalui penyertaan Malaysia dalam Pameran Antarabangsa BIBAN24 di Riyadh, Arab Saudi.