1bulan ago
PETALING JAYA, 12 Dis (Bernama) -- Batik Air hari ini memperkenalkan empat laluan baharu dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, yang menawarkan penerbangan terus ke Singapura, Jakarta, Johor Bahru dan Langkawi.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) menjangkakan prospek pendapatan yang cerah bagi pemaju hartanah akan berterusan sehingga 2026, disokong oleh faktor peningkatan jualan pada 2024 dan 2025.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga hari ini dengan lebih tinggi, menjejaki kebanyakannya prestasi positif Wall Street.
1bulan ago
KUCHING, 11 Dis (Bernama) -- Sarawak terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju ekonomi hijau di rantau ini dengan unjuran potensi pelaburan US$7 bilion dalam tempoh 10 tahun hasil kerjasama strategik dengan pemain industri antarabangsa.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Malaysia mengalu-alukan pelaburan tenaga bersih dan bersedia untuk menyokong pemain industri yang ingin mengambil bahagian dalam usaha peralihan tenaga negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
1bulan ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, disokong oleh aktiviti belian pada harga rendah berikutan keputusan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengurangkan kadar penanda arasnya sebanyak 25 mata asas, meskipun pasaran serantau mencatatkan penurunan.
1bulan ago
IPOH, 11 Dis (Bernama) -- Pasar raya mewah, Cold Storage telah kembali ke Perak melalui pembukaan rasmi cawangan baharunya di Sentra Mall, Ipoh hari ini, menandakan komitmen yang diperbaharui untuk mengukuhkan kehadirannya di dalam komuniti tempatan.
1bulan ago
JOHOR BAHRU, 11 Dis (Bernama) -- Projek Landasan Berkembar Gemas–Johor Bahru sepanjang 192 kilometer yang dirasmikan hari ini merupakan satu pencapaian besar yang membuktikan kemampuan jurutera dan tenaga kerja tempatan dalam membina infrastruktur bertaraf dunia.
1bulan ago
IPOH, 10 Dis (Bernama) -- Perak telah mewujudkan pangkalan tenaga boleh baharu (TBB) yang berpotensi besar untuk pengembangan, kata Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Datuk Hamzah Hussin.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Malaysia dan Rusia sedang meneroka bidang kerjasama baharu dalam penggunaan tenaga nuklear secara aman ketika Putrajaya memuktamadkan Program Tenaga Nuklear Nasional.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan ekonomi negara mampu mencapai paras ambang tertinggi yang disasarkan iaitu 4.8 peratus pada 2025, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
1bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) -- Rusia berusaha mempertingkatkan kerjasama perdagangan dan ekonomi dengan Malaysia terutamanya dalam sektor elektronik dan semikonduktor yang dianggap penting secara strategik oleh Moscow berikutan perubahan rantaian bekalan global.