Terdapat 1218 berita berdasarkan kata kunci carian " penutup"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Berikutan Pengukuhan Minyak Kacang Soya

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) ditutup tinggi pada Selasa, menjejaki prestasi minyak kacang soya yang lebih kukuh di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT), kata seorang peniaga.

Ringgit Dibuka Rendah Sedikit Berbanding Dolar AS, Meningkat Berbanding Mata Wang Utama

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS pagi ini, mencerminkan pembetulan teknikal selepas keuntungannya baru-baru ini.

Ringgit Ditutup Rendah Berikutan FED Beri Isyarat Kadar Faedah Tidak Berubah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah hari ini berbanding dolar AS berikutan harapan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) pada Disember semakin tipis.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sedikit

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Kontrak hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit hari ini.

FBM KLCI Ditutup Tinggi Sedikit Disokong Minat Belian Dalam Saham Wajaran Tinggi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 17 Nov  (Bernama) -- Indeks petunjuk pasaran Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit hari ini di tengah-tengah dagangan yang tidak menentu sepanjang hari, disokong oleh minat belian yang sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Didorong Permintaan Baharu

KUALA LUMPUR, 17 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS daripada penurunan pada Jumaat lepas, didorong oleh permintaan baharu terhadap mata wang tempatan yang disokong oleh asas domestik yang kukuh selepas laporan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia yang terkini dikeluarkan.

BNM Perkukuh Sistem Keselamatan Digital, Tangani Penipuan Kewangan Melalui NSRC

GEORGE TOWN, 16 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) bersama agensi penguat kuasa akan terus memperkukuh sistem keselamatan digital dan mempercepat tindakan menerusi Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) bagi memastikan penipuan kewangan dapat dibanteras.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Bercampur-campur

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatif ditutup bercampur-campur hari ini di tengah-tengah dagangan yang agak berwaspada, walaupun harga minyak soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) melonjak, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Ringgit Ditutup Rendah Selepas Peningkatan Lapan Hari Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini berikutan pasaran mengalami pembetulan sederhana selepas mencatat peningkatan baru-baru ini walaupun data ekonomi domestik adalah menggalakkan.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah, Seiring Prestasi Serantau Susulan Penurunan Wall Street

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri peningkatan semalam dengan ditutup rendah pada Jumaat, seiring kelemahan prestasi serantau susulan penurunan di Wall Street, akibat kebimbangan baharu terhadap penilaian tinggi saham teknologi serta ketidaktentuan hala tuju dasar Rizab Persekutuan AS (Fed).

Ringgit Dibuka Tinggi Untuk Sesi Ke-10 Berturut-turut Berbanding Dolar AS, Menjelang Data KDNK Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 14 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk sesi ke-10 berturut-turut pagi ini, meneruskan peningkatan menjelang data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga 2025 Malaysia dijadual akan dikeluarkan tengah hari, hari ini kata seorang penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Khamis.