Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sedikit
Jumlah dagangan menyusut kepada 6,249 lot daripada 7,747 lot pada Jumaat minggu lepas, manakala kepentingan terbuka turun kepada 46,735 kontrak daripada 50,184 kontrak sebelumnya.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.76 mata, atau 0.11 peratus, kepada 1,627.43, daripada 1,625.67 pada Jumaat minggu lepas.
-- BERNAMA