Terdapat 307 berita berdasarkan kata kunci carian " presiden as"

Pembuat Sarung Tangan, Pemain Semikonduktor Dijangka Raih Manfaat Pengenaan Tarif AS 

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Pembuat sarung tangan dan penggiat semikonduktor Malaysia dijangka menerima manfaat daripada pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS), kata Kenanga Investment Bank Bhd.

Bimbang Tarif AS Beri Kesan, Ringgit Diunjur RM4.41–RM4.44 Berbanding Dolar AS Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati minggu depan, bergerak antara RM4.41 dan RM4.44 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap dasar tarif AS.

Ringgit Ditutup Lebih Rendah Susulan Dolar AS Mengukuh

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup sedikit rendah hari ini dipengaruhi oleh dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih kukuh di tengah-tengah retorik tarif lebih ketara daripada Presiden AS, Donald Trump yang mengukuhkan kekuatan dolar dalam pasaran yang lebih luas.

Pasaran Getah Dijangka Alami Kenaikan Sederhana Minggu Depan

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Harga dan permintaan pasaran getah dijangka kekal tidak stabil dengan sedikit aliran kenaikan yang diramalkan minggu hadapan, didorong oleh cuaca yang tidak menentu di selatan Thailand, menurut pakar industri Denis Low.

Bursa Malaysia Dijangka Alami Dagangan Secara Berhati-hati Minggu Depan

KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mengalami dagangan secara berhati-hati minggu hadapan menjelang sambutan Tahun Baharu Cina dan mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Rizab Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat yang pertama bagi 2025 pada 28 dan 29 Januari.

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi Berikutan Penurunan Dolar AS

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat didorong penurunan dolar Amerika Syarikat (AS) selepas Presiden AS Donald Trump menyarankan pengurangan kadar faedah.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah pada tengah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan selepas meningkat baru-baru ini, dengan penurunan indeks utama didorong oleh kaunter YTL.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS

Oleh Karina Imran dan Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan pelabur kekal berhati-hati disebabkan inflasi yang lebih tinggi daripada jangkaan dan menjelang kemas kini dasar bank pusat global.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan jualan selepas meningkat selama empat hari berikutan aktiviti pengambilan untung dalam persekitaran kebanyakan pasaran serantau yang lemah, kata penganalisis.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Berikutan Pengambilan Untung, Ketidakpastian Dasar

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, ekoran tekanan daripada pengambilan untung susulan kenaikan semalam serta ketidakpastian berterusan mengenai dasar Presiden AS, Donald Trump.

Maybank IB, HLIB Jangka OPR Kekal Pada 3.00 Peratus Pada 2025

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjurannya untuk Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00 peratus pada tahun ini untuk menyokong pertumbuhan domestik dalam mendepani cabaran luaran.

Ringgit Dibuka Tinggi Selepas BNM Umum OPR Kekal Pada 3.0 Peratus

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini dan mata wang utama lain berikutan pengumuman Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR).