Terdapat 308 berita berdasarkan kata kunci carian " rekod"

Malaysia Perluas Hubungan Ekonomi, Kurangkan Kebergantungan Kepada Pasaran Tunggal - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan terus memperkukuh hubungan ekonomi dan diversifikasi pasaran dengan negara-negara utama termasuk negara BRICS, selain memperluas kerjasama dengan negara-negara di Asia, Timur Tengah, Kesatuan Eropah (EU) dan rantau lain bagi mengurangkan kebergantungan kepada pasaran tunggal.

Heitech Padu Sah Komitmen Untuk Mula Projek LEP RM1 Bilion Sg Perak

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- HeiTech Padu Bhd telah mengesahkan komitmennya untuk melaksanakan Program Lanjutan Hayat Hidro (LEP) Sungai Perak.

ADV Pasaran Lonjak 50 Peratus Kepada RM3.15 Bilion Bukti Keyakinan Pelabur - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Prestasi pasaran modal Malaysia dengan purata nilai harian (ADV) tumbuh lebih 50 peratus kepada RM3.15 bilion pada 2024 berbanding RM2.06 bilion bagi tahun sebelumnya, mencerminkan keyakinan dan minat pelabur, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Tingkat Kemahiran, Produktiviti Mampu Lonjak Pendapatan - PM Anwar 

KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Peningkatan produktiviti boleh dicapai menerusi program menambah kemahiran seperti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), penguasaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan kewujudan pusat kecemerlangan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

WCT Peroleh Kelulusan SC Bagi Penyenaraian Paradigm REIT

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- WCT Holdings Bhd telah menerima kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi penubuhan serta penyenaraian amanah pelaburan hartanah Paradigm (Paradigm REIT) di Pasaran Utama Bursa Malaysia.

MIFF 2025: Buka Jalan untuk Inovasi Dan Reka Bentuk Bagi Tingkatkan industri Perabot Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Komitmen berterusan Pameran Perabot Antarabangsa Malaysia (MIFF) 2025 untuk memupuk reka bentuk dan inovasi adalah penting untuk kemampanan industri perabot Malaysia, menyumbang dengan ketara kepada pendapatan dan pertumbuhan eksport negara.

Pelantikan Kenneth Vun Sebagai Pengarah Urusan Menandakan Fasa Transformasi XOX

KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- XOX Bhd melantik Datuk Kenneth Vun sebagai Pengarah Urusan yang baharu, menandakan era baharu pertumbuhan dan inovasi.

Wasco Catat Prestasi Kewangan Terbaik Tahun Kewangan 2024, Umum Dividen 2 Sen

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Penyedia penyelesaian tenaga, Wasco Bhd mencatatkan prestasi kewangan terbaik dalam sejarahnya bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 dengan kenaikan 41.2 peratus dalam keuntungan bersihnya kepada RM153.04 juta.

KNM Group Lupus Kepentingan Bernilai RM1.24 Bilion Dalam DKNM Kepada NGK Jepun

KUALA LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- KNM Group Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, KNM Process Systems Sdn Bhd (KNMPS) telah menandatangani perjanjian jual beli serta pemindahan bersyarat dengan NGK Insulators Ltd dari Jepun untuk cadangan pelupusan keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Deutsche KNM GmbH (DKNM) pada harga 270 juta euro (kira-kira RM1.24 bilion).

Sime Darby Property Catat Prestasi Terbaik, Untung Bersih Naik Kepada RM502.2 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Sime Darby Property Bhd (SDP) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM502.20 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2024 (TK2024), meningkat 23.1 peratus berbanding RM407.91 juta pada tahun sebelumnya.

Maybank Unjur KDNK Malaysia Pada 4.9 Peratus Tahun Ini

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 dijangka kekal kukuh pada 4.9 peratus, menurut Malayan Banking Bhd (Maybank).

Pasaran Harta Tanah 2024 Rekod Prestasi Luar Biasa, Nilai Transaksi Cecah Rekod Tertinggi

KAJANG, 26 Feb (Bernama) -- Pasaran harta tanah pada 2024 merekodkan prestasi luar biasa dengan bilangan dan nilai transaksi harta tanah mencecah rekod tertinggi sepanjang tempoh sedekad, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.