Terdapat 6384 berita berdasarkan kata kunci carian " syarikat"

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) kebanyakannya diniagakan rendah pada sesi awal hari ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Seiring Wall Street, Tiada Pemangkin Baharu

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan urus niaga 2026 dengan lebih rendah, menjejaki kesuraman Wall Street serta di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan tiada pemangkin baharu.

Ringgit Mulakan Urus Niaga 2026 Lebih Mengukuh Susulan Dolar AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.

Malaysia Laksana Fasa Keempat E-invois, Perkasa Sistem Cukai, Ringan Beban Pematuhan PKS

KUALA LUMPUR, 1 Jan (Bernama) -- Malaysia memulakan fasa keempat pelaksanaan invois elektronik (e-invois) hari ini, menandakan satu lagi usaha kerajaan bagi memperkukuhkan pentadbiran cukai, selain meringankan beban pematuhan terhadap perusahaan kecil dan sederhana (PKS). 

Berjaya Assets Lantik Menantu Vincent Tan Sebagai CEO Baharu

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Berjaya Assets Bhd telah melantik Tan Tee Ming, 49, menantu pemegang saham utamanya Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun, sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, berkuat kuasa 1 Jan 2026.

Niaga Hadapan Emas Tutup Dagangan Hari Terakhir 2025 Lebih Rendah Seiring Comex AS

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah pada hari dagangan terakhir 2025, menjejaki prestasi lemah di Bursa Komoditi New York, Amerika Syarikat (COMEX AS).

Capital A Mohon Kelulusan Bursa Lanjutan Masa Muktamadkan Pengagihan Saham

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Capital A Bhd memohon kelulusan Bursa Malaysia Securities untuk melanjutkan tempoh sehingga 19 Jan, 2026 bagi melengkapkan pengagihan saham yang dicadangkan.

Ringgit Ditutup Rendah, Kekal Akhiri 2025 Dengan Prestasi Lebih Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari terakhir 2025 diasak oleh aktiviti pengambilan untung, namun kekal melakar prestasi sebagai antara mata wang berprestasi terbaik rantau ini bagi 2025.

Axis-REIT Peroleh Hartanah Industri Di Johor Pada Harga RM34.6 Juta

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Pemegang amanah Axis Real Estate Investment Trust (Axis-REIT), RHB Trustees Bhd telah memeterai perjanjian jual beli (SPA) untuk memperoleh kilang berkembar dua tingkat dengan bangunan pejabat dua tingkat di Johor melalui pertimbangan tunai sebanyak RM34.6 juta.

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Kebanyakannya Lebih Rendah

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya lebih rendah pada Rabu, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Bursa Malaysia Alami Prestasi Rendah Pada Hari Dagangan Terakhir 2025

Oleh Anas Abu Hassan

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Bursa Malaysia menutup hari dagangan terakhir 2025 dengan prestasi yang sedikit lemah, susut 0.26 peratus di tengah-tengah keadaan yang negatif berikutan tiadanya pemangkin baharu dan selari dengan kelemahan di pasaran serantau.

Malaysia Catat Inflasi Keseluruhan 1.4 Peratus, Teras 2.2 Peratus Pada November -- BNM

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Inflasi keseluruhan Malaysia meningkat sedikit kepada 1.4 peratus pada November 2025 daripada 1.3 peratus pada bulan sebelumnya, demikian menurut Bank Negara Malaysia (BNM).