Terdapat 420 berita berdasarkan kata kunci carian "sma"

MARC: Unjuran Positif Untuk Pasaran Malaysia Susulan Tarif Tangguh 90 Hari Antara AS-China

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Unjuran pasaran Malaysia kekal positif susulan penangguhan selama 90 hari rundingan perdagangan di antara Amerika Syarikat (AS) dan China, menurut Malaysian Rating Corp Bhd (MARC).

MCE Meterai MoU Sokong Pengeluaran Tempatan Chery Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- MCE Holdings Bhd, melalui unit milik penuh, Multi-Code Electronics Industries Bhd memeterai memorandum persefahaman (MOU) dengan dua syarikat Wuhu yang berpangkalan di China bagi menyokong pengeluaran tempatan untuk Chery Malaysia.

PM Anwar Hadiri Mesyuarat Meja Bulat Bersama Pemain Industri Rusia

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

MOSCOW, 14 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meneruskan agenda lawatan rasmi hari keduanya ke Rusia dengan menghadiri mesyuarat meja bulat bersama para pemimpin industri Persekutuan Rusia.

Pertemuan Dengan Putin Peluang Untuk Perdana Menteri Dapatkan Gambaran Lebih Jelas Mengenai Keanggotaan Penuh BRICS

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Pertemuan antara Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Rusia Vladimir Putin akan membantu Malaysia memperoleh pemahaman yang lebih jelas tentang bagaimana ia boleh beralih daripada menjadi negara rakan kongsi kepada anggota penuh BRICS.

Malaysia, Rusia Akan Teroka Cara Lonjakkan Perdagangan, Pelaburan

Daripada Sharifah Hunaini Syed Ismail

MOSCOW, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Rusia akan meneroka cara untuk melonjakkan perdagangan dan pelaburan selain kelancaran transaksi yang bertujuan memperkukuh hubungan ekonomi dan kerjasama ketika lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysia Autoshow 2025 Bermula, Pamer Kenderaan Dan Teknologi Generasi Masa Depan

SERDANG, 8 Mei (Bernama) -- Malaysia Autoshow 2025 (MAS2025) yang bermula hari ini mempertontonkan model dan teknologi terkini daripada peneraju industri automotif global dan tempatan.

MyCC Lancar Kaji Selidik Perkukuh Landskap Ekonomi Digital

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) melancarkan kaji selidik berskala nasional sebagai sebahagian daripada Kajian Semula Pasaran Ekosistem Ekonomi Digital yang dijalankan di bawah seksyen 11 Akta Persaingan 2010.

Kosovo Tawar Insentif Tarik Pelaburan Malaysia Dalam Sektor Utama

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Kosovo, negara Balkan yang dikelilingi daratan, mempelawa pelaburan dari Malaysia dalam pelbagai sektor termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), tenaga boleh baharu serta pembuatan, kata Presidennya Dr Vjosa Osmani Sadriu.

Affendi Rashdi Dari BNM Dilantik Sebagai Ketua Pengarah Labuan FSA Baharu

LABUAN, 1 Mei (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) mengumumkan pelantikan Affendi Rashdi dari Bank Negara Malaysia (BNM) sebagai Ketua Pengarahnya yang baharu bagi tempoh dua tahun, berkuat kuasa 1 Mei 2025 hingga 30 April 2027.

MDV Perkasakan Inovasi Teknologi Malaysia Menerusi Pembiayaan Lebih RM13 Bilion

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malaysia Debt Ventures Bhd (MDV) telah muncul sebagai pemboleh utama agenda inovasi dan transformasi digital negara dengan lebih RM13 bilion disalurkan kepada lebih 1,000 projek berimpak tinggi, dipacu teknologi.

Maybank Lantik Shafiq Abdul Jabbar Sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) melantik Shafiq Abdul Jabbar sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Kumpulan berkuat kuasa 7 Julai, 2025.

SIRIM Sedia Bantu Syarikat Kosmetik Malaysia Menerusi Inovasi, Penyelidikan

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- SIRIM Bhd (SIRIM) melancarkan lima inovasi kosmetik yang sedia untuk memasuki pasaran, dengan setiap satu dilengkapi perlindungan harta intelek (IP), bagi pemain industri yang berminat.