11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 4.1 peratus pada Ogos 2024, didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam sektor pembuatan, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi pagi ini berikutan peniaga mencari petunjuk mengenai data Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang untuk menilai langkah-langkah kadar faedah oleh Rizab Persekutuan pada masa depan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan pertumbuhan 4.7 peratus tahun ke tahun dengan nilai jualan pada Ogos 2024 berjumlah RM149.2 bilion, kata Jabatan Perangkaan.
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar dengan prestasi Wall Street yang lemah berikutan peniaga memberi reaksi negatif terhadap angka Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) bagi September yang lebih tinggi daripada jangkaan, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini berikutan data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang lebih tinggi daripada jangkaan.
11bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran menurun hari ini untuk ditutup kebanyakannya lebih rendah bagi hari ketiga berturut-turut di tengah-tengah petanda paras stok tinggi di dalam negara, kata seorang peniaga.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Public Bank Bhd bercadang untuk mengambil alih 44.15 peratus daripada kepentingan ekuiti dalam LPI Capital Bhd untuk pertimbangan tunai berjumlah RM1.72 bilion atau RM9.80 sesaham.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini apabila para peniaga menunggu pengumuman data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mempengaruhi kemajuan penurunan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed AS).
11bulan ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengekalkan momentum peningkatannya pada akhir dagangan Khamis, didorong oleh minat belian ketara terhadap saham susulan jualan baru-baru ini, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Indeks harga seunit besi menurun sebanyak 0.6 peratus kepada 5.7 peratus membabitkan hampir semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak pada September 2024 berbanding bulan sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 10 Okt (Bernama) -- Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan eksport minyak sawit pada September 2024 menyaksikan sedikit peningkatan iaitu 0.93 peratus kepada 1.54 juta tan metrik daripada 1.53 juta tan metrik pada Ogos 2024.
11bulan ago
SINGAPURA, 10 Okt (Bernama) -- Ekonomi ASEAN+3, dalam jangka masa terdekat, perlu terus berhati-hati terhadap risiko berkaitan dengan peningkatan semula inflasi, ketegangan geopolitik yang semakin buruk serta kelembapan pertumbuhan global, yang boleh mencabar daya tahan sistem kewangan rantau ini.