1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Sebagai pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia menyasar untuk memberi keutamaan kepada tenaga dan ketersambungan dengan tumpuan membina kepercayaan dan keterangkuman dalam kalangan negara anggota.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, Jan 22 (Bernama) -- Capitaland Malaysia Trust (CLMT) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih tinggi kepada RM187.15 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2024 (TK2024), daripada RM163.66 juta dalam tempoh yang sama pada 2023.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo Mohd Sani
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Strategi Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini telah dirangka dengan teliti, kata pakar ekonomi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penyedia perkhidmatan teknologi maklumat (IT) perusahaan TechStore Bhd menyasar meraih RM25 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) susulan penyenaraiannya di Pasaran ACE pada 18 Feb, 2025.
1tahun ago
DAVOS (Switzerland), 22 Jan (Bernama) -- Jadual padat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hari terakhir Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 pada Rabu, akan dimulakan dengan menerima kunjungan hormat Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah WEF Prof Klaus Schwab.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Gateway Development Alliance Sdn Bhd (GDA) dan pemegang sahamnya (konsortium) hari ini menyangkal sebarang andaian bahawa tawaran pengambilalihan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah dilakukan dalam cara selain daripada mematuhi sepenuhnya Peraturan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mengenai Pengambilalihan, Penggabungan dan Pengambilalihan Wajib.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Penstrukturan semula Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) semakin hampir untuk dimuktamadkan apabila penerimaan tawaran sah setakat ini telah mencapai 86.5 peratus, kata seorang penganalisis bank asing.
1tahun ago
KOTA BHARU, 21 Jan (Bernama) -- Proton Holdings Bhd (Proton) telah menambah pengeluaran kenderaan elektrik (EV) e.MAS 7 sebanyak 6,000 unit lagi berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan seluruh negara.
1tahun ago
LABUAN, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) memperkenalkan Kumpulan Kerja Bersama (JWG) Labuan IBFC untuk ESG (LiFE) yang bertujuan untuk memajukan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dalam Pusat Perniagaan dan Kewangan Antarabangsa Labuan (Labuan IBFC).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Persatuan Automotif Malaysia (MAA) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) untuk bekerjasama dalam penganjuran pameran automotif serta pertunjukan motosikal setiap dua tahun sekali.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Industri automotif Malaysia mencatatkan rekod jualan keseluruhan industri (TIV) sebanyak 816,747 unit pada 2024, melepasi angka 800,000 unit buat pertama kalinya.