1tahun ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Rusia baru-baru ini adalah langkah strategik kerajaan dalam mengeratkan hubungan Malaysia-Rusia di samping memperluas ruang geo-ekonomi negara, sekali gus memperkukuh kerjasama ekonomi dan kedudukan Malaysia di peringkat global.
1tahun ago
KUALA LANGAT, 23 Okt (Bernama) -- Pasaran kurier, ekspres dan bungkusan Malaysia dijangka mencecah US$1.58 bilion (US$1=RM4.32) tahun depan, didorong oleh peningkatan permintaan e-dagang dan penambahbaikan infrastruktur, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysian Rating Corporation Bhd (MARC) dan perunding kemampanan yang berpangkalan di Indonesia, Impac+ telah menandatangani memorandum kerjasama (MoC) untuk pembentukan pakatan mereka dalam khidmat nasihat berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dan penyelesaian kewangan mampan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Kerajaan mengambil langkah proaktif untuk memastikan industri pembinaan kekal kompetitif dan mampan dengan jangkaan kenaikan harga tender, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Memandangkan Malaysia bakal menjadi Pengerusi ASEAN menjelang tahun depan, ia sewajarnya menumpukan pada pelaksanaan lebih banyak langkah berpaksikan rakyat dan perdagangan intra-ASEAN, kata pakar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan terus menjadi agensi galakan eksport negara menerusi Belanjawan 2025 dengan membantu syarikat Malaysia untuk kekal kompetitif di pasaran luar.
1tahun ago
KUCHING, 22 Oct (Bernama) -- Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan dua pihak lain untuk bekerjasama dalam pembangunan modal insan dan penyelesaian teknologi dipacu kecerdasan buatan (AI), memfokuskan kepada industri berkaitan angkasa.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Eksport oleokimia berasaskan sawit Malaysia ke China meningkat 1.4 kali ganda dalam tempoh sedekad kepada 604,208 tan pada 2023 daripada 434,333 tan pada 2014, dengan nilai perdagangan mencecah RM2.82 bilion.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) telah memeterai perjanjian pembiayaan dengan Global Tower Corporation Pty Ltd (GTC) bernilai US$19.97 juta (US$ = RM4.32).
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Sistem penyimpanan tenaga mampu memainkan peranan penting kepada fasa penting peralihan tenaga hijau Malaysia kerana ia mengupayakan pengurusan tenaga boleh baharu (TBB) yang berkesan serta menyokong pembangunan masa depan yang mampan dan rendah karbon, kata Citaglobal Bhd.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan kewangan berlesen, Sentosa Jaya Capital Sdn Bhd hari ini melancarkan Saham2u, platform pembiayaan pelaburan ekuiti atas talian yang pertama seumpamanya di Malaysia.