8bulan ago
KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyeru penggiat industri minyak sawit untuk menyokong inisiatif pelet hitam TG2, inovasi bio bahan api boleh baharu yang berpotensi menggantikan arang batu dalam penjanaan tenaga.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Industri perkhidmatan dan peralatan minyak dan gas (OGSE) perlu menerima pakai teknologi, digitalisasi serta sumber tenaga baharu seperti hidrogen dan pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS) walaupun berdepan cabaran dalam peralihan tenaga.
8bulan ago
Daripada Salawaty Supardi
LONDON, 28 April (Bernama) -- Sebanyak 8,000 tan minyak sawit Malaysia dari Sabah yang dieksport ke United Kingdom (UK) pada awal bulan ini telah mendapat akses tarif sifar di bawah Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP), kata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke UK dan Ireland Utara Datuk Zakri Jaafar.
8bulan ago
Daripada Salawaty Supardi
NEWCASTLE, 27 April (Bernama) -- Tenaga Nasional Bhd (TNB) mampu mengembangkan dan terus meningkatkan keupayaannya dalam bidang tenaga di luar negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
LONDON, 26 April (Bernama) -- Grid Tenaga ASEAN (APG) merupakan tonggak yang boleh memperkukuh jalinan kerjasama antara anggota perkumpulan itu, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Petronas Energy & Gas Trading Sdn Bhd (PEGT) akan menyediakan tambahan 24 juta kaki padu standard setiap hari (MMscfd) gas ke zon terpencil di Puchong City Gate, bagi membantu kawasan yang terjejas akibat insiden saluran paip di Putra Heights baru-baru ini.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bin Zayed International (M) Bhd (BZI) akan melabur US$500 juta untuk membangunkan kilang penapisan bahan api penerbangan mampan -- kemudahan bersepadu pertama di dunia di Pelabuhan Klang -- yang akan meletakkan Malaysia di barisan hadapan bagi pengeluaran bahan api penerbangan bersih.
8bulan ago
LONDON, 24 April (Bernama) -- Malaysia selaku Pengerusi ASEAN tahun ini akan menumpukan usaha bagi merealisasikan Grid Tenaga ASEAN selain meningkatkan program pertukaran berkaitannya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
8bulan ago
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Reservoir Link Energy Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya Reservoir Link Sdn Bhd, telah menerima anugerah perintah kerja daripada Petronas Carigali Sdn Bhd untuk penyediaan perkhidmatan pengujian telaga ringan.
8bulan ago
Daripada Salawaty Supardi
LONDON, 24 April (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Future of Energy Security yang akan bermula pada Khamis ini, di sini.
8bulan ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, menjejaki peningkatan semalaman di Wall Street berikutan sentimen pelabur bertambah baik kerana menjangkakan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan reda dan lebih banyak kenyataan positif daripda Presiden AS Donald Trump.