BERITA TERKINI   PM Anwar selar sikap hipokrit sesetengah kuasa barat, jadi “guru” hak asasi manusia, tetapi bertindak zalim | Enam modus operandi ketirisan barang kawalan dikenal pasti di seluruh negara - Armizan | Isu krisis tenaga global: PM Anwar buka ruang berbincang dengan pembangkang, pihak yang mahu bantu cari penyelesaian | PM Anwar lulus peruntukan RM296,000 pulihara bangunan hospital pertama di Kuala Kangsar yang kini digunakan SMK Clifford | Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik meninggal dunia pagi tadi - Wee Ka Siong | 

Terdapat 1453 berita berdasarkan kata kunci carian " mah"

SC Dakwa Bekas CEO Khee San Bhd Sebabkan Kerugian Salah Berjumlah RM7.12 Juta

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendakwa bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengerusi bukan bebas bukan eksekutif Khee San Bhd (KSB) Datuk Seri Liew Yew Chung atas kerugian salah berjumlah RM7.12 juta ke atas anak syarikat KSB, Khee San Food Industries Sdn Bhd (KSFI).

Lanjutan e-Invois, Pengurangan Cukai Perkhidmatan Sewaan Ringankan Beban Perniagaan

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 5 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) berkata lanjutan tempoh pelaksanaan e-Invois serta pengurangan Cukai Perkhidmatan ke atas sewaan premis perniagaan akan memberi banyak kelegaan khususnya kepada perniagaan yang diuruskan sendiri oleh pemilik.

Banci Ekonomi 2026 Meliputi 1.34 Juta Pertubuhan Perniagaan Di Malaysia

PUTRAJAYA, 5 Jan (Bernama) -- Sebanyak 1.34 juta entiti perniagaan di seluruh negara, merangkumi perniagaan mikro, perusahaan kecil dan sederhana serta syarikat besar terlibat dalam Banci Ekonomi (BE) 2026 yang dilaksanakan bermula hari ini sehingga 31 Okt 2026.

Gano Excel Miliki 100 Rumah Hijau, Mahu Kekal Konsisten Di Pasaran Global

JITRA, 4 Jan (Bernama) -- Operasi syarikat peneraju penyelidikan ganoderma, Gano Excel Industries Sdn Bhd kini merangkumi lebih 100 rumah hijau khas bagi memastikan pengeluaran berskala besar dan konsisten untuk pasaran global syarikatnya dapat dikekalkan.

Ringgit Mulakan Urus Niaga 2026 Lebih Mengukuh Susulan Dolar AS Lemah

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Ringgit lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada hari pertama urus niaga 2026 hari ini, ketika mata wang negara maju itu susut nilai diasak jangkaan Rizab Persekutuan AS akan terus melakukan penurunan kadar faedah dalam tahun ini.

SEDA Malaysia Anjur Webinar AI Majukan Agenda Tenaga Lestari

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia menganjurkan webinar mengenai ‘Kecerdasan Buatan (AI) dan Peranannya dalam Sektor Tenaga’ untuk meneroka bagaimana teknologi digital canggih membentuk masa depan tenaga lestari.

DOSM Perkasa Tadbir Urus Data, Empat Pegawai Diiktiraf Pensijilan Global

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) terus memperkukuh amalan pengurusan data apabila empat pegawai jabatan itu berjaya memperoleh Certified Data Management Professional (CDMP) oleh DAMA International yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa. 

Perluas Pelan Hala Tuju Tenaga Malaysia Perlukan Pelaburan Berterusan, Kerjasama Serantau -- TNB

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Usaha untuk memperluas pelan hala tuju tenaga Malaysia memerlukan pelaburan berterusan, infrastruktur kukuh dan kolaborasi bersama penggubal dasar, pembiaya dan rakan serantau, termasuk bekerjasama dengan pemain teknologi  ASEAN dan juga global.

Malaysia Airports Perkukuh Pertumbuhan Jangka Panjang Menerusi Pemodenan ISG

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) terus melaksanakan usaha pelaburannya lebih awal dalam memenuhi permintaan berterusan penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul Sabiha Gökçen (ISG), Turkiye.

FMM Saran Daya Saing Kos Yang Lebih Baik Untuk Sokong Pertumbuhan Pembuatan

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Persekutuan Pengilangan Malaysia (FMM) menyarankan agar kerajaan mengukuhkan daya saing kos Malaysia untuk menyokong pertumbuhan pembuatan ketika negara mula memasuki 2026.

Malaysia Raih Pelaburan Digital Diluluskan RM54.13 Bilion Pada Suku Ketiga 2025 - MDEC

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Malaysia mencatatkan pelaburan digital yang diluluskan di bawah inisiatif Malaysia Digital (MD) berjumlah RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025, menjana 21,815 pekerjaan bernilai tinggi merentasi 402 syarikat digital, kata Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Perdagangan Malaysia, AS Meningkat Kepada RM325.2 Bilion Pada 2024, Dipacu Eksport E&E

KUALA LUMPUR, 29 Dis (Bernama) -- Prestasi perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat (AS) meningkat 30.0 peratus kepada RM325.2 bilion pada 2024 meskipun berdepan dengan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan global, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).