10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) menggesa rantau ini memperkukuh perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN berikutan pemecahan ekonomi global yang semakin meningkat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Golongan wanita terutamanya daripada kumpulan B40 memerlukan sokongan berterusan dalam usaha mereka menceburi bidang e-dagang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Rundingan Perjanjian Rangka Kerja Ekonomi Digital (DEFA) akan dimuktamadkan pada akhir tahun ini, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.
10bulan ago
KUCHING, 3 Mac (Bernama) -- Grab Malaysia dan Sarawak Digital Economy Corporation Bhd (SDEC) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk mempercepat transformasi digital di Sarawak, khususnya dalam sektor pelancongan dan perniagaan kecil.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Mac (Bernama) -- Sebanyak 841.18 hektar atau 15.3 peratus daripada keseluruhan keluasan Taman Industri Halal berstatus HALMAS (Halal Malaysia) di seluruh negara mencatatkan pelaburan terkumpul RM16.75 bilion bagi tempoh 2012 hingga 2024.
10bulan ago
SHAH ALAM, 1 Mac (Bernama) -- Pelaburan masa depan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan berpandukan peruntukan atau Alokasi Aset Strategik (SAA) yang melibatkan kitaran pelaburan tiga tahun dan diteliti semula setiap tiga tahun.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 28 Feb (Bernama) -- MBSB Group melancarkan Pusat Perbankan Komersialnya di ibu pejabat Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) di sini, sekali gus mengukuhkan komitmennya untuk menyokong perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan syarikat bersaiz sederhana terutamanya yang berkembang ke pasaran antarabangsa.
10bulan ago
GEORGE TOWN, 25 Feb (Bernama) -- Talent Corporation Malaysia Bhd (TalentCorp) dengan kerjasama Future Skills Talent Council (FSTC) berjaya melahirkan lebih ramai bakat baharu dalam meningkatkan kemahiran kerja yang menyokong perkembangan teknologi semakin pesat.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berhasil dalam memperkasakan dan membimbing 348 syarikat pertengahan (MTC) daripada pelbagai sektor melalui Program Pembangunan Syarikat Pertengahan (MTCDP) sehingga kini.
10bulan ago
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) -- Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) mesti menerima kecerdasan buatan (AI) dan e-invois untuk kekal kompetitif dalam ekonomi Malaysia yang semakin berkembang, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
10bulan ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin & Nabilah Saleh
KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menekankan ASEAN perlu menggerakkan strategi pelaburan mampan dan inklusif sebagai pemacu utama daya tahan ekonomi dan pertumbuhan.
10bulan ago
SUBANG JAYA, 19 Feb (Bernama) -- Sektor logistik perlu memanfaatkan sokongan kerajaan seperti pengecualian cukai bagi kompleks logistik pintar untuk memperkasa sektor itu selain menggalakkan penerimagunaan teknologi Industri 4.0, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.