Terdapat 403 berita berdasarkan kata kunci carian " pendirian"

Bursa Malaysia Meningkat Susulan Harapan Terhadap Hubungan Baik AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman ketika ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China diharap semakin reda.

Perang Saraf Dagangan : TikTok Medan Propaganda Baharu Pertikaian AS-China

KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Bahang ketegangan Amerika Syarikat (AS) dan China yang melangkaui dimensi ekonomi tradisional turut menyaksikan kemunculan medan tempur baharu yang bukan bersenjatakan tarif atau lebihan dagangan sebaliknya menerusi algoritma serta video-video tular.

PM Anwar Sahkan Sidang Khas Dewan Rakyat Bahas Isu Tarif AS 5 Mei

PUTRAJAYA, 22 April (Bernama) -- Sidang khas Dewan Rakyat akan diadakan pada 5 Mei ini bagi membincangkan isu tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) yang dikenakan ke atas Malaysia.

Pelabur Asing Jual Ekuiti Dalam Pasaran Asia Berjumlah RM3.84 Bln

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Pelabur asing meneruskan jualan bersih mereka dalam pasaran Asia untuk minggu ketiga berturut-turut dengan jumlah aliran keluar sebanyak US$3.84 bilion (US$1 = RM4.39).

ASEAN Tolak Sebarang Bentuk Tarif Dikenakan Secara Unilateral - PM Anwar

Oleh Kenny Teng Khoon Hock

BANGKOK, 18 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan ASEAN menolak sebarang bentuk tarif yang dikenakan secara unilateral dengan menyatakan langkah sedemikian bercanggah dengan semangat multilateralisme.

Tengku Zafrul Bertemu Wakil Perdagangan AS, Pegawai Di Washington Pada 24 April

KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijadualkan bertemu Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) Jamieson Greer dan pegawai lain yang berkaitan di Washington pada 24 April, untuk membincangkan tarif balas yang telah dikenakan ke atas Malaysia.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Prestasi Wall Street, Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Bursa Malaysia menyaksikan dagangan rendah pada sesi awal Rabu, menjejaki kerugian semalaman Wall Street di tengah-tengah sentimen waspada kalangan pelabur susulan kecelaruan dasar tarif Presiden Donald Trump.

Malaysia Kekal Komited Kepada Perdagangan Terbuka Dan Adil, Teruskan Libat Urus Dengan AS, China

KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) -- Malaysia kekal komited untuk terus menjalinkan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China bagi melindungi kepentingan ekonomi berikutan ketegangan berkaitan tarif balas AS yang semakin meningkat menjelang lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping bermula esok.

Pulau Pinang Tubuh Pasukan Petugas Khas Pantau Tarif, Bekerjasama Dengan Kerajaan Persekutuan

GEORGE TOWN, 11 April (Bernama) -- Kerajaan negeri Pulau Pinang akan menubuhkan pasukan petugas khas untuk memantau tarif sebagai sebahagian daripada tindak balas strategiknya terhadap pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, diniagakan secara berhati-hati berikutan ketidaktentuan pasaran yang meningkat dan para peserta terus mengurangkan pendedahan terhadap risiko.

Pemimpin ASEAN Akan Ke Washington, Berunding Sebagai Satu Blok Dan Nyatakan Pendirian Bersama

KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Malaysia, sebagai pengerusi ASEAN tahun ini telah meminta melalui Kementerian Luar, membincangkan isu tarif pada sidang kemuncak khas Amerika Syarikat (AS)-ASEAN.

ASEAN Sedia Ambil Langkah Tangani Ketidaktentuan Pasaran Ekoran Tarif AS - AFMGM

Oleh Siti Baaqiah Mamat

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Pengenaan tarif oleh Amerika Syarikat (AS) dan kemungkinan tindakan balas boleh mengakibatkan peningkatan ketidaktentuan dalam aliran modal dan kadar pertukaran, menurut kenyataan bersama Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN (AFMGM) ke-12.