Terdapat 828 berita berdasarkan kata kunci carian " rangkaian"

i-CATS, METU Turkiye Meterai MoU Pacu Kerjasama Global Dalam Aeroangkasa Dan Pendidikan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- i-CATS University College (i-CATS) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Middle East Technical University (METU), Turkiye bertujuan meningkatkan kerjasama global dalam bidang aeroangkasa dan pendidikan.

Maxis Lancar Penyelesaian QSN Pertama Malaysia Bagi Kerajaan, Perniagaan

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Maxis Bhd (Maxis) telah memperkenalkan penyelesaian Rangkaian Selamat Kuantum (QSN) pertama di Malaysia untuk agensi kerajaan dan perniagaan, menjadikannya syarikat telekomunikasi pertama di negara ini yang menawarkan keupayaan keselamatan termaju itu.

MITI Gesa Lebih Banyak Penyertaan Tempatan Dalam Industri Teknologi Dron - Liew

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menggesa lebih banyak penyertaan tempatan dalam industri teknologi dron, kata Timbalan Menterinya Liew Chin Tong.

Batik Air Akan Lancar Sembilan Laluan Baharu Disember Depan

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) -- Batik Air akan mengukuhkan jejak serantaunya dengan pelancaran sembilan laluan baharu pada 8 Disember, 2025, satu perkembangan penting yang menggariskan cita-cita syarikat penerbangan itu untuk meningkatkan kesalinghubungan di Malaysia dan Asia Tenggara.

ASEAN Terus Teguh dan Bersatu, Pertingkat Integrasi Ekonomi

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Negara ekonomi Asia Tenggara telah menyuarakan mesej jelas bahawa pasaran mereka masih terbuka kepada perniagaan walaupun berdepan dengan langkah perlindungan dan tarif mencabar yang menjejaskan perdagangan bebas serta menimbulkan pelbagai ketidaktentuan di seluruh dunia.

ASEAN Terus Proaktif Mempelbagai, Meluaskan Hubungan Di Sebalik Ketidaktentuan Ekonomi

Oleh Siti Radziah Hamzah

KUALA LUMPUR, 26 Sept (bernama) -- ASEAN terus proaktif dalam mempelbagaikan selain memperluas hubungan serta rangkaian ekonominya memandangkan berlakunya ketidaktentuan ekonomi global dan serantau, kata Pengerusi Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz hari ini.

Rusia Mahu Pertingkat Eksport Daging Halal, Produk Tenusu Ke Malaysia

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) -- Rusia mahu meningkatkan eksport daging dan produk tenusu yang diperakui halal ke Malaysia tahun ini sebagai sebahagian daripada strateginya untuk melonjakkan perdagangan dua hala terutamanya dalam sektor makanan dan pertanian.

PETRA Lancar Projek Rintis Solar Kediaman

SHAH ALAM, 26 Sept (Bernama) -- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) hari ini melancarkan projek rintis Projek Solar Kediaman dalam usaha meningkatkan campuran tenaga boleh baharu (TBB) dalam pembekalan elektrik negara.

Grid Tenaga LTMS, Model Untuk Integrasi Tenaga ASEAN

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Projek Integrasi Tenaga (PIP) Laos–Thailand–Malaysia–Singapura (LTMS) dan cadangan grid Semenanjung dan Borneo akan menjadi model bagi usaha ASEAN ke arah rangkaian tenaga serantau yang bersambung sepenuhnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Rundingan FTA Malaysia-EU Dijangka Dimuktamad Tahun Depan

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dijangka dimuktamadkan tahun depan, dengan peringkat akhir rundingan akan diteruskan tidak lama lagi, kata Pesuruhjaya Perdagangan EU Maroš Šefčovič.

SME Venture @ASEAN 2025: Platform Penting Untuk Pengembangan PKS

KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) -- SME Venture@ASEAN 2025 akan diadakan dari 16 hingga 18 Okt 2025 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC).

Tony Fernandes Gesa ASEAN Berani Dan Liberalisasi, Percepat Integrasi Ekonomi Serantau

Oleh Kisho Kumari Sucedaram

KUALA LUMPUR, 24 Sept (Bernama) -- ASEAN tidak seharusnya bersikap defensif tetapi perlu membuat keputusan berani untuk meliberalisasi peraturan bagi mempercepat integrasi ekonomi serantau, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.