Terdapat 241 berita berdasarkan kata kunci carian " transit"

JS-SEZ Akan Lonjak Kemajuan Ekonomi Malaysia-Singapura

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) adalah bukti visi bersama Malaysia dan Singapura dalam usaha saling melengkapi kelebihan negara untuk memacu kemajuan ekonomi, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Arte Corp Bekerjasama Dengan COBNB Malaysia Untuk Projek GDV RM460 Juta Di Mont Kiara

KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Pemaju hartanah Arte Corp Malaysia bekerjasama dengan COBNB Malaysia, pengendali penginapan mewah jangka pendek, untuk menguruskan unit-unit kediaman ikonik Arte Solaris yang dibangunkan dengan nilai pembangunan kasar RM460 juta di Mont Kiara.

Projek Infrastruktur Utama Akan Pacu Permintaan Keluli Malaysia - Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama) -- Permintaan Malaysia terhadap logam ferus serta produk bernilai tambahnya akan dipacu oleh pelaksanaan projek infrastruktur utama tempatan, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Harga Hartanah Di Lembah Klang Dijangka Naik 4 Peratus Pada 2025 -- CBRE|WTW

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Harga hartanah di Lembah Klang dijangka meningkat antara tiga hingga empat peratus tahun ini, terutamanya rumah bertanah di kawasan Petaling Jaya, kata syarikat perkhidmatan hartanah CBRE WTW Valuation and Advisory Sdn Bhd (CBRE|WTW).

Aktiviti Ambil Untung Asak Bursa Malaysia Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah susulan aktiviti pengambilan untung bagi saham wajaran tinggi terpilih, diheret turun terutamanya oleh kaunter perladangan.

JS-SEZ, Contoh Utama Daya Tahan Rantaian Bekalan ASEAN - Liew

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh dijadikan sebagai contoh untuk mempromosikan daya tahan rantaian bekalan ASEAN bagi menarik pelaburan langsung asing, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Liew Chin Tong.

JS-SEZ, Bab Baharu Dalam Usaha Sama Pembangunan Ekonomi Serantau

Oleh Nur Fadhliana Shaari

JOHOR BAHRU, 8 Jan (Bernama) -- Pemeteraian perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) semalam menandakan bab baharu dalam usaha sama membangunkan ekonomi serantau, kata Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Negeri Lee Ting Han.

Harga Rumah Di KL, PJ Dijangka Naik Antara 3 Hingga 4 Peratus Tahun Ini - Pempengaruh Hartanah

Oleh Karina Imran dan Mikhail Raj Abdullah

KUALA LUMPUR, 6 Jan (Bernama) -- Harga rumah kediaman dua tingkat di Lembah Klang terutamanya di Kuala Lumpur (KL) dan Petaling Jaya (PJ), ia dijangka meningkat antara 3.0 hingga 4.0 peratus tahun ini.

DPMM Akan Tubuh Konsortium Pembinaan Melayu Kelas G1-G7 Bagi Sertai Pembangunan Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) akan menubuhkan Konsortium Pembinaan Melayu melibatkan kontraktor kelas G1 hingga G7 untuk menyertai projek pembangunan seluas 50 ekar (20.23 hektar) tanah di Bandar Malaysia yang diwartakan sebagai tanah rizab Melayu. 

Pulau Pinang Catat RM22.6 Bilion Pelaburan Diluluskan Sehingga Suku Ketiga 2024

GEORGE TOWN, 31 Dis (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang memberangsangkan dalam sektor perindustrian pada 2024 dengan pelaburan diluluskan berjumlah RM22.6 bilion sehingga suku ketiga tahun ini.

KLCC Holdings Akan Majukan Tanah Di Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR, 23 Dis (Bernama) -- KLCC (Holdings) Sdn Bhd (KLCCH) telah bersetuju dengan Bandar Malaysia Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Land Sdn Bhd untuk membangunkan tanah seluas 196.67 hektar di Bandar Malaysia.

Mah Sing Beli Tanah Di Johor Bahru Dengan Nilai Pembangunan Kasar RM1.5 Bilion

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Mah Sing Group Bhd merancang untuk membeli tanah pegangan bebas seluas 2.424 hektar di Johor Bahru, Johor yang diperuntukkan untuk pembangunan pangsapuri perkhidmatan premium dan unit runcit.