Terdapat 392 berita berdasarkan kata kunci carian " x"

Malaysia, Bahrain Komited Tingkatkan Pelaburan Dan Kerjasama Baharu - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Malaysia dan Bahrain komited untuk meningkatkan perdagangan, pelaburan serta meneroka kerjasama baharu dalam bidang ekonomi digital dan teknologi hijau.

Malaysia Guna Pendekatan Teliti, Berhemah Tangani Isu Tarif AS - PM Anwar

KUALA LUMPUR, 7 Mei (Bernama) -- Kerajaan mengambil pendekatan yang teliti dan berhemah dalam menangani isu tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS), dengan mengutamakan rundingan diplomatik serta kerjasama serantau.

Bank Dunia Puji Malaysia Dalam Pensijilan Halal, Mekanisme Harga Telur

KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Langkah Malaysia memeterai perjanjian pensijilan halal dengan Indonesia serta pemansuhan kawalan harga telur secara berperingkat, mendapat perhatian serta pujian Bank Dunia yang menyifatkannya sebagai positif dalam landskap ekonomi negara.

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Tetapi Kemudiannya Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit tetapi beralih kepada tinggi kemudiannya pada Isnin, didorong oleh sentimen positif aliran masuk dana oleh pelabur asing sepanjang minggu lepas, kata penganalisis.

MITI Lakukan Persiapan Akhir Sebelum Sidang Khas Parlimen Esok

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) telah melakukan persiapan akhir sebelum sidang khas Parlimen berhubung kesan tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) ke atas Malaysia.

AirAsia X Gantung Penerbangan Kuala Lumpur - Nairobi Bermula 1 September

KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- AirAsia X Bhd (AAX) akan menggantung penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Nairobi, Kenya, bermula 1 September, 2025 sebagai sebahagian daripada inisiatif pengoptimuman rangkaiannya disebabkan permintaan yang lebih rendah daripada jangkaan.

Capital A Sasar Selesaikan Pelan Penyusunan Semula Menjelang Jun - Tony Fernandes

KUALA LUMPUR, 2 Mei (Bernama) -- Capital A Bhd berada di landasan untuk menyelesaikan cadangan penyusunan semulanya menjelang Jun 2025 berikutan kemajuan yang dicapai dalam kawal selia, kewangan dan operasi, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Tan Sri Tony Fernandes.  

PM Anwar Serlah Kepintaran Politik Sebagai Pengerusi ASEAN Dalam Depani Cabaran

KUALA LUMPUR, 1 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempamerkan kepintaran politik yang luar biasa sebagai pengerusi ASEAN dalam mendepani cabaran yang dihadapi rantau ini, termasuk yang di luar jangka selepas beliau menggalas tanggungjawab kepengerusian blok itu daripada Laos pada Oktober lepas.

Affin Lancar Keistimewaan Baharu Kepada Pemegang Kad Premier

SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Affin Group hari ini memperkenalkan keistimewaan eksklusif baharu kepada pemegang kad Affin Premier selain menawarkan pengalaman golf kelas pertama dalam persekitaran moden dan santai dengan kerjasama restoran La Casa Leal.

Malaysia, Jepun Bincang Kerjasama Ekonomi Termasuk Dalam AI, Automotif

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.

Bank Dunia Unjur Pertumbuhan Ekonomi 2025 Malaysia Pada 3.9 Peratus

KUALA LUMPUR, 25 April (Bernama) -- Bank Dunia mengunjurkan kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia pada 3.9 peratus tahun ini berikutan cabaran global.

Malaysia Raih Manfaat Dalam Unsur Nadir Bumi Di Sebalik Perang Perdagangan AS Dan China - MOSTI

BANGI, 24 April (Bernama) -- Malaysia meletakkan dirinya untuk menjadi pemain utama dalam rantaian nilai unsur nadir bumi (REE) dalam persekitaran perubahan landskap geopolitik dan perang perdagangan yang berlanjutan antara Amerika Syarikat dan China.