BERITA TERKINI   Pengalisis ekonomi Prof Madya Datuk Dr Madeline Berma meninggal dunia di kediamannya di Bandar Baru Bangi, Selangor pagi tadi - ahli keluarga | PRK DUN Lamag: Mohd Ismail Ayob dipilih calon wakili BN - Pengerusi UMNO Sabah | Ahmad Faizal Azumu umum letak jawatan Pengerusi PN Perak | Azmin Ali letak jawatan sebagai Setiausaha Agung PN | Datuk Dr Sahruddin Jamal umum letak jawatan Pengerusi PN Johor | 

Malaysia, Jepun Bincang Kerjasama Ekonomi Termasuk Dalam AI, Automotif

KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Malaysia dan Jepun membincangkan kerjasama ekonomi yang lebih luas termasuk pembangunan kecerdasan buatan (AI) dan masa depan industri automotif terutamanya dalam ketidaktentuan global pada masa ini.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata dalam pertemuan dua hala dengan Menteri Ekonomi, Perdagangan dan Industri Jepun Yoji Muto semalam, mereka telah bertukar pandangan mengenai cara terbaik untuk menghadapi pelbagai cabaran ekonomi dunia.

“Malaysia dan Jepun perlu bersatu untuk mencari penyelesaian yang adil dan berkesan.  

“Dengan berkongsi kepakaran dan sumber, kita boleh memacu pertumbuhan dan inovasi,” katanya dalam satu hantaran di laman X hari ini.

Dalam pertemuan yang berlangsung selama sejam itu, kedua-dua pihak turut membincangkan situasi dunia yang kini berdepan dengan cabaran perdagangan global.

-- BERNAMA