1tahun ago
KUALA LUMPUR, 26 Nov (Bernama) -- IHH dan Petronas Dagangan terus menyokong indeks utama Bursa Malaysia di atas paras 1,600 semasa akhir dagangan sesi pagi pada Selasa, walaupun dalam keadaan penjualan saham bermodal sederhana yang menyebabkan keseluruhan pasaran tidak menentu.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika pada Isnin, disokong oleh penurunan dalam hasil bon AS selepas pelantikan Scott Bessent sebagai Setiausaha Perbendaharaan AS.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan penglibatan pelabur dari Korea Selatan untuk meneroka pelbagai peluang di Malaysia selain menjalin kerjasama dalam usaha melonjakkan serta mencapai kesejahteraan bersama.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) yakin sasaran nilai eksport kayu dan produk kayu sebanyak RM28 bilion menjelang 2025 akan dapat dicapai seperti yang digariskan dalam Dasar Agrikomoditi Negara 2030.
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan mengekalkan komitmen mereka untuk menggalakkan iklim pelaburan yang selaras dengan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).
1tahun ago
SEOUL, 25 Nov (Bernama) -- Malaysia dan Korea Selatan akan memuktamadkan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) pada tahun depan dengan kedua-dua negara komited untuk mempercepat sebarang rundingan yang tertangguh.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Bhd telah diberi penghormatan melalui 'Anugerah Kecemerlangan Perbankan Islam Sedunia' yang julung kali diadakan pada Forum Kepimpinan Muslim Sedunia (WMLF) 2024 yang berprestij di London, United Kingdom (UK) pada Jumaat lepas.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (BERNAMA) -- Malaysia mengukuhkan hubungan dengan pasaran antarabangsa untuk mencegah gangguan dalam rantaian bekalan semikonduktor global terutamanya apabila lebih banyak dasar perlindungan dijangka diambil selepas kemenangan Donald Trump dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS).
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Indeks barometer Bursa Malaysia kekal positif pada tengah hari ini berikutan belian berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih sejajar dengan prestasi pasaran serantau yang kebanyakannya tinggi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kumpulan Bank Dunia melantik Judith Green sebagai Pengurus Negara yang baharu untuk Malaysia.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Isnin berikutan penurunan Indeks Dolar AS (DXY) selepas mencatatkan paras tertinggi dalam tempoh dua tahun baru-baru ini, kata penganalisis.
1tahun ago
Daripada Mohd Shukri Ishak
SEOUL, 24 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan bertemu ahli-ahli perniagaan utama Korea Selatan atau lebih dikenali sebagai "Chaebol," dalam usaha menarik lebih banyak pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.