Terdapat 2739 berita berdasarkan kata kunci carian " mengukuh"

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS Bagi Hari Keempat

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang juga bagi hari keempat berturut-turut ketika pelabur meneliti semula kedudukan masing-masing susulan pengumuman data ekonomi negara maju itu yang lebih lemah, kata penganalisis.

Pasaran Modal Malaysia RM4 Trilion Pacu Pertumbuhan Perniagaan Dan Pelabur - Wahid Omar

Oleh D.Arul Rajoo

LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Ekuiti dan pasaran modal hutang Malaysia berjumlah RM4 trilion berada pada kedudukan baik untuk menyokong pertumbuhan negara, membolehkan perniagaan dan pelabur mendapat faedah daripada peluang baharu yang muncul, kata Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar hari ini.

Sambutan 10 Tahun CLLA : Cyberview Azam Terus Perkasa Keusahawanan Masa Depan

CYBERJAYA, 16 Jan (Bernama) -- Cyberview Sdn Bhd berazam untuk terus memperkasa keusahawanan dalam dekad akan datang menerusi program Cyberview Living Lab Accelerator (CLLA) yang dapat memberikan impak jangka panjang merentas industri.

Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Tawar Potensi Besar Kepada Pelabur - PM Anwar

Daripada D.Arul Rajoo

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Tinjauan ekonomi Malaysia pada 2024 dan seterusnya semakin positif apabila negara menjadi lambang pertumbuhan dan daya tahan di Asia Tenggara, diperkukuhkan lagi dengan Kepengerusian ASEAN pada 2025.

Lebih 150 Pemimpin Industri Hadir Forum Rantaian Bekalan Masa Depan MIDA-ALP

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Industri rantaian bekalan dan logistik Malaysia menerima rangsangan hari ini apabila lebih 150 pemimpin industri bersidang di forum “Future of Supply Chains: Optimising, Planning, and Automating for Success”, anjuran bersama Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Ally Logistic Property (ALP).

Kerjasama Strategik Penting Demi Pembangunan Hartanah Malaysia - Lim

PETALING JAYA, 16 Jan (Bernama) -- Sektor pembangunan hartanah Malaysia memiliki potensi yang besar pada masa depan, bagaimanapun, kejayaan itu bergantung kepada kerjasama yang strategik, kata Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying.

FSBM Meterai MoU Dengan VisionTech, Cydentiq Majukan Penyelesaian AI, Keselamatan Siber

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Syarikat perkhidmatan teknologi maklumat FSBM Holdings Bhd, menerusi anak syarikat milik penuhnya FSBM I-Design Sdn Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan VisionTech Pte Ltd (VisionTech) dan Cydentiq Sdn Bhd (Cydentiq).

Bursa Malaysia Luluskan Pelan Penyusunan Semula Bintai Kinden

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Bursa Malaysia Securities Bhd meluluskan cadangan pelan penyusunan semula Bintai Kinden Corporation Bhd (BKCB) sekali gus menandakan pencapaian penting dalam usaha syarikat itu ke arah pemulihan kewangan dan untuk keluar daripada status Nota Amalan 17 (PN17).

Ringgit Mengukuh Sedikit Berbanding Dolar AS Pada Sesi Awal

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Khamis dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), di tengah-tengah sentimen memberangsangkan pelabur berikutan data ekonomi negara maju itu yang mengatasi jangkaan awal, kata penganalisis.

Program Pembangunan Vendor Tempatan MIDA-Infineon Beri Manfaat 139 Syarikat Malaysia

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Program pembangunan vendor tempatan yang diuruskan bersama oleh Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Infineon Technologies (Kulim) Sdn Bhd akan memberi manfaat kepada 139 syarikat tempatan.

Malaysia Perlu Rebut Peluang Perdagangan Luar Untuk Imbangi Halangan Perdagangan AS

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Malaysia perlu sentiasa mencari peluang baharu untuk mengukuhkan hubungan perdagangan luarnya bagi mengurangkan kesan daripada halangan perdagangan dengan Amerika Syarikat (AS), kata KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI).