1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) bekerjasama dengan CelcomDigi Bhd untuk mentransformasikan rumah PR1MA dan pembangunan komersial dengan penyelesaian bandar pintar.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Penggunaan media sosial dan kesan pempengaruh di Malaysia adalah lebih rendah daripada kadar purata serantau, menurut laporan penyelidikan bertajuk "Pemasaran pempengaruh E-dagang di Asia Tenggara".
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 7 Okt (Bernama) -- Nihon M&A Centre Holdings menubuhkan anak syarikat pengurusan dana ASEAN to Global Capital (AtoG Capital) untuk menyokong pengembangan syarikat Jepun ke rantau Asia Tenggara.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Industri teknologi dan telekomunikasi tempatan menyambut baik pelantikan Anuar Fariz Fadzil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) yang baharu.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menjangka Kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2025.
1tahun ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak sejajar dengan kadar asas pasaran tunai minggu depan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Dagangan berhati-hati dijangka berterusan di Bursa Malaysia minggu depan, didorong oleh prospek lemah terhadap ekonomi global berikutan ketegangan geopolitik yang meningkat di Timur Tengah.
1tahun ago
CYBERJAYA, 4 Okt (Bernama) -- Pelaburan asing mencatatkan lonjakan dalam ekonomi digital Malaysia, justeru kerajaan mahu melihat lebih banyak syarikat teknologi tempatan mengambil peluang tersebut dan mengembangkan perniagaan mereka di negara ini, kata Menteri Digital Gobind Singh Deo.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) -- Lebih 25 syarikat menyertai Malaysia Semiconductor Recruitment Day 2024 yang bermula hari ini, dengan lebih 2,000 siswazah mendaftar dalam acara dua hari itu bagi menghubungkan pencari kerja dan pemain industri.
1tahun ago
JOHOR BAHRU, 4 Okt (Bernama) -- Johor Corporation (JCorp) melalui anak syarikatnya JLand Group (JLG) telah melancarkan operasi kontenanya di Pelabuhan Tanjung Langsat (PTL), Pasir Gudang dekat sini, semalam.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) – Persidangan dan Pameran Antarabangsa Teknologi Hijau dan Produk Eko Malaysia (IGEM) dijangka menarik 48,000 peserta dan 480 pempamer dari 48 negara yang bakal menjana potensi perniagaan dianggarkan berjumlah RM4.8 bilion.
1tahun ago
ISLAMABAD, 4 Okt (Bernama) -- Lawatan negara tiga hari Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan berjaya meraih potensi perdagangan bernilai RM2.65 bilion, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.