BERITA TERKINI   Istiadat Pembukaan Parlimen: Titah Agong sarat dengan pesanan, perlu dihayati Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang - Fahmi | Tindakan tegas melalui saluran diplomatik, undang-undang dan pertahanan perlu diambil pastikan hak kedaulatan, kepentingan negara kekal terpelihara - Agong | Agong titah rakyat berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber seperti penipuan kewangan dan kecurian identiti | Peperangan di Gaza perlu segera ditamatkan, keadilan undang-undang hendaklah dilaksanakan - Agong | Malaysia akan terus kukuh atas semangat kerjasama erat kerajaan Persekutuan dan negeri - Agong | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dijangka Kekal Berhati-hati Minggu Depan

Oleh Zarul Effendi Razali

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka bergerak sejajar dengan kadar asas pasaran tunai minggu depan.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka FBM KLCI akan bergerak dalam julat 1,625-1,640, mewakili paras sokongan dan halangan.

“Kami terus berhati-hati berhubung pandangan kami terhadap pasaran tempatan berikutan sentimen lemah buat sementara waktu.

“Bagaimanapun, dengan penilaian yang rendah dan asas ekonomi yang stabil, kami menjangka FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) akan kekal dalam fasa konsolidasi dan dagangan jajaran kecil minggu depan dengan kecenderungan meningkat, menunggu peluang belian saham pada harga rendah,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu baru berakhir, bulan semasa Oktober 2024 merosot 36.0 mata kepada 1,627.5, Disember 2024 berkurangan 35.5 mata kepada 1,634.5 dan Mac 2025 susut 33.0 mata kepada 1,622.5 manakala bulan kontrak baharu November 2024 sebanyak 1,630.5. 

Jumlah dagangan merosot kepada 48,310 lot daripada 196,103 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 49,905 kontrak daripada 90,858 kontrak sebelum ini.

Pada asas Jumaat kepada Jumaat, FBM KLCI merosot 30.12 mata kepada 1,629.97 daripada 1,660.09 pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA