1tahun ago
KUALA LUMPUR, 15 Okt (Bernama) -- Ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada sesi awal urus niaga Selasa, didorong oleh sentimen optimis terhadap Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
1tahun ago
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini berikutan aktiviti pengambilan untung, kata peniaga.
1tahun ago
Oleh Abdul Hamid A Rahman
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Isnin, terjejas berikutan permintaan kukuh terhadap dolar AS dalam persekitaran peningkatan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS), kata pengarah urusan SPI Asset Management Stephen Innes.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin walaupun prestasi pasaran tunai pendasar lebih baik.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Isnin berikutan minat belian dalam perbankan, telekomunikasi dan saham berkaitan komoditi.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal tinggi pada tengah hari disebabkan peniaga menunggu data Indeks Harga Pengeluar (IHP) Amerika Syarikat (AS) yang akan datang sebagai petunjuk untuk mengukur pergerakan kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS pada masa depan, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Rosemarie Khoo
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini, mengambil petunjuk daripada penutupan dagangan di Wall Street yang kukuh pada Jumaat lepas, kata penganalisis.
1tahun ago
Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 14 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada hari dagangan pertama minggu Belanjawan 2025, didorong oleh keyakinan bahawa kerajaan dijangka mengekalkan disiplin fiskal dan memastikan defisit fiskal di bawah empat peratus daripada pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) tahun depan.
1tahun ago
Oleh Kisho Kumari Sucedaram
KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati dalam jajaran 1,630-1,650 minggu depan menjelang pembentangan Belanjawan 2025 pada 18 Okt, kata seorang penganalisis.
1tahun ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk ditutup sedikit tinggi pada Jumaat, apabila data inflasi AS yang lebih tinggi daripada jangkaan pasaran menyebabkan dolar AS mengalami penurunan.
1tahun ago
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.
1tahun ago
Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat susulan nasihat yang lebih lemah daripada pasaran niaga hadapan getah serantau dan penurunan penanda aras harga minyak mentah apabila ringgit mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.