11bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri sesi dagangan pagi Khamis dengan lebih rendah, seiring prestasi sebahagian besar pasaran serantau ketika sentimen terus ketara susulan ketegangan di Timur Tengah yang meruncing, kata penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Kalangan penggiat Industri hotel negara menggesa kerajaan untuk menangani kadar caj bilik hotel yang disifatkan sebagai rendah dalam senario peningkatan kos operasi.
11bulan ago
Oleh Anas Abu Hassan
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS hari ini tetapi meningkat berbanding mata wang utama lain berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu terus mengukuh dalam persekitaran risiko geopolitik yang meningkat, kata penganalisis.
11bulan ago
Daripada Kisho Kumari Sucederam
MANILA, 2 Okt (Bernama) -- Syarikat penerbangan tambang rendah Filipina, Cebu Pacific memeterai perjanjian pembelian dengan Airbus dan Pratt & Whitney bagi pesawat A321neo berjumlah sehingga 152, yang dilengkapi dengan enjin Pratt & Whitney GTF.
11bulan ago
Oleh Nurul Jannah Kamaruddin
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Ringgit mengakhiri urus niaga Rabu dengan lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), diasak risiko geopolitik yang meruncing dan mencetuskan minat belian aset selamat seperti mata wang negara maju berkenaan.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini.
11bulan ago
Oleh Zarul Effendi Razali
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini susut daripada kenaikan semalam sejajar dengan prestasi bursa serantau lain apabila kebimbangan terhadap ketegangan di Timur Tengah telah mencetuskan aktiviti jualan, kata seorang penganalisis.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) menjangkakan Belanjawan 2025 akan menepati laluan pengukuhan fiskal secara bertanggungjawab, dengan sasaran defisit fiskal yang lebih rendah daripada -4.3 peratus kepada -3.9 peratus.
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Aktiviti pengeluaran Malaysia akan terus berkembang dalam beberapa bulan akan datang meskipun terdapat kebimbangan aktiviti kilang yang lebih perlahan, kata MIDF Amanah Investment Bank Bhd (MIDF).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Pelaburan pusat data (DC) adalah pemangkin yang membolehkan peningkatan kompleksiti ekonomi Malaysia dan memajukan kedudukannya di tangga teknologi, kata RHB Investment Bank Bhd (RHB IB).
11bulan ago
KUALA LUMPUR, 1 Okt (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas), melalui Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM), akan membekalkan gas kepada Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) untuk penjanaan kuasa di Sabah dan Labuan.
11bulan ago
Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid
KUALA LUMPUR, 2 Okt (Bernama) -- Cukai dan duti yang lebih rendah ke atas jentera pembinaan, peningkatan akses kepada pembiayaan dan kadar faedah yang munasabah untuk peserta industri dan pembina adalah antara cadangan Belanjawan 2025 yang dikemukakan oleh Persatuan Kontraktor Binaan Malaysia (MBAM).